Perayaan Adau Janang Gayuh (Hari Pemimpin Agung) akan dicadangkan untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan dan menjadikannya sebagai satu produk pelancongan di negeri ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) yang juga presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) berkata, persatuan itu akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri tidak lama lagi.
Adau Janang Gayuh adalah manifestasi kesedaran barisan kepimpinan PBBS tentang betapa pentingnya masyarakat Bisaya di Sabah mempunyai satu perayaan khusus untuk menyerlahkan kewujudan masyarakat berkenaan, dan pertama kalinya diadakan pada tahun 2000.
Gelaran Janang Gayuh atau pemimpin agung di kalangan warga Bisaya adalah serupa seperti gelaran Huguan Siou di kalangan masyarakat Kadazandusun, dan ia ketika ini dipegang oleh Lajim sendiri.
Lajim berkata walaupun PBBS adalah persatuan perkauman, tetapi ia tidak menjurus hanya kepada satu kaum saja.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Lajim menyuarakan harapan supaya semua pemaju terutama projek pusat membeli-belah mengambil inisiatif untuk menyediakan ruang beribadah terutamanya untuk masyarakat Muslim menunaikan solat.
"Bagi projek pembangunan taman perumahan pula, kita tengok kehendak majoriti ...Kita tidak terfikir buat masa ini untuk menguatkuasakan (peraturan) ini, kerana ini juga sesuai dengan prinsip 1Malaysia, di mana kalau tiada majoriti orang Islam, tidak perlu surau tapi kita buka dewan, tadika atau sekolah," katanya.
Katanya keperluan ruang beribadah ini bergantung kepada keadaan kerana terdapat insiden di mana surau dibina di satu kawasan di negeri ini, tetapi tidak digunakan atau dimanfaatkan kerana hanya ada satu dua rumah penduduk beragama Islam yang duduk di kawasan itu.
"Kita tidak mahu buat sedemikian, mahu infrastruktur dimanfaatkan masyarakat, kita bukan tidak mahu menguatkuasakan soal keprihatinan dalam soal agama, tetapi ada saluran-saluran lain seperti kempen dan sebagainya," tambah Lajim. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment