JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 9, 2009

Hospital QEH


Permohonan untuk membincang untuk menyegerakan serta menetapkan tempoh bagi pembinaan Hospital Queen Elizabeth yang diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki

Merujuk kepada peraturan Majlis Dewan Rakyat yang sedia ada, saya ingin mohon agar majlis ini dapat membincangkan untuk menyegerakan serta menetapkan tempoh bagi pembinaan Hospital Queen Elizabeth yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan tidak selamat untuk diduduki pada 24 Oktober 2008.

Hospital Queen Elizabeth yang terletak di Ibu kota Negeri Sabah adalah terkenal sebagai hospital terunggul bukan sahaja bagi rawatan kepakaran dengan bantuan alat-alat yang canggih kepada ½ juta penduduk di Kota Kinabalu tetapi bagi keseluruhan rakyat Sabah. Setelah hospital ini diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki bagi lebih kurang 400 katil, dengan kamar-kamar bagi alat-alat bantuan hospital serta klinik-klinik bagi doktor pakar, maka kesemua perkhidmatan kesihatan perubatan telah terjejas dengan seriusnya.

Hari ini adalah genapnya hari yang ke 240 dimana perkhidmatan perubatan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Pesakit-pesakit yang kritikal yang memerlukan rawatan segera terpaksa ditangguh, begitu juga dengan pesakit-pesakit luar yang memerlukan rawatan doktor pakar tidak dapat diberi perkhidmatan di hospital di Ibu kota dan terpaksa dipindahkan ke hospital di daerah-daerah lain yang menyukarkan keluarga pesakit untuk menemani disebabkan ketiadaan rumah tumpangan bagi mereka diami semasa pesakit di hospital daerah. Keadaan ruang pejabat serta kamar bagi kakitangan hospital sangat sempit dan tidak kondusif, pesakit-pesakit terpaksa tidur di atas lantai semasa mendapat rawatan.

Kerajaan sangat kagum dan bangga dengan mengumumkan bahawa terminal lapangan kapal terbang telah siap dibina dalam masa 18 bulan sahaja, tetapi dengan pembinaan hospital nampaknya kerajaan tidak menangani perkara ini dengan serius sedangkan ini melibatkan kesihatan, hidup atau matinya rakyat yang telah menyokong penubuhan kerajaan kini. Kerajaan teragak-agak untuk mengambil tindakan, adakah wajar untuk mengambil masa hampir 7 bulan bagi Perdana Menteri untuk mengumumkan peruntukan pada 5 Mei 2009 berjumlah RM245 juta bagi pembelian SMC (Sabah Medical Centre) yang kedua. Agaknya peruntukan yang diumumkan oleh pemimpin utama ini tidak mencukupi, maka Menteri Kesihatan susuli untuk mengumumkan bahawa peruntukan sebenarnya bagi pembelian SMC ialah RM280 juta dengan tambahan bagi katil dari 170 buah hingga 250 buah dan kemudahan lain yang berjumlah RM90 juta, maka peruntukan keseluruhan sebenarnya yang diperlukan RM370 juta.

Keadaan ini seolah-olah kerajaan hanya pentingkan peruntukan wang ringgit dan telah mengetepikan kesihatan perubatan kepada rakyat. Rakyat Sabah sangat keliru dengan perangai kerajaan, nampaknya rakyat yang memilih pucuk kepimpinan kerajaan hari ini tidak diberi layanan dan sebaliknya diketepikan. Pucuk pemimpin pusat asyik mengumumkan peruntukan pembelian SMC kedua yang kononnya tersedia bagi operasi perkhidmatan perubatan. SMC pertama juga dibeli oleh kerajaan dengan tujuan sewaktu masa tersebut bagi penyediaan untuk pembinaan Hospital Queen Elizabeth di ibukota yang besar untuk menampung dan menangani kerumitan dengan ruang perkhidmatan hospital.

Bagi pihak rakyat Sabah saya mendesak di Dewan Yang Mulia ini agar kerajaan mengambil tindakan yang serius dan segera untuk menangani kerumitan yang ditanggung oleh rakyat Sabah dengan bangunan fisikal hospital. Kerajaan seharusnya bertindak untuk merancangkan perancangan jangka panjang yang mendatang. Saya difahamkan bahawa kerajaan mempunyai kawasan di Bukit Padang dengan keluasan hampir 50 hektar. Persoalannya adakah kerajaan serius untuk pembinaan hospital besar Queen Elizabeth untuk menggantikan Hospital Mesra? Ini bukan sahaja dapat menampung pesakit-pesakit dari ibu kota Sabah, memandangkan kawasan ini adalah persempadanan dengan daerah Penampang maka pesakit dari kedua-dua daerah serta daerah-daerah lain yang memerlukan doktor pakar dapat kemudahan perkhidmatan perubatan.

Oleh Datuk Eric Majimbun
Ahli Parlimen P.171 Sepanggar
Julai 3, 2009

No comments: