JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 17, 2009

Graduan Universiti Al Azhar pertama Sarawak meninggal dunia


Umat Islam Sarawak kehilangan tokoh agama yang disegani apabila Ustaz Awang Pon Sebon kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Mayatnya kini berada di rumah anaknya di no 32 Jalan 31/174 Lagoon Park, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan di Seksyen 20 Shah Alam esok.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam SMS kepada Sarawak Update berkata pemergian Ustaz Awang Pon, 68 tahun, boleh diibaratkan sebagai gugurnya bintang dari ufuk bumi Sarawak.

“Allah berkuasa mengurnia dan berkuasa mengambilnya kembali, apa yang mampu kita sebut semua milik Allah dan akan kembali kepadanya,” kata Dr Juanda.

Menurut Dr Juanda, Allahyarham merupakan anak Sarawak pertama lulusan Universiti Al Azhar pada tahun 1972, mantan Kadi besar Sarawak dan antara ulama generasi pasca Merdeka Sarawak.

“Beliau amat dihormati di Sarawak dan Kuala Lumpur pada zamannya. Kehilangan beliau amat dirasai,” tambah Juanda.

Juanda berkata Allahyarham terpaksa bersara awal akibat mengidap kanser dan pernah menjalani pembedahan jantung tahun lalu. Untuk keterangan lanjut anak beliau boleh dihubungi di talian 0172554887.

sarawakupdate

No comments: