JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 15, 2009

Perniagaan haram: DAP vs Ex-DAP

SHAH ALAM 14 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu mencabar Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menamakan Exco kerajaan negeri yang didakwanya mempunyai hubungan dengan perniagaan haram.

Beliau berkata, Choo Keong perlu menamakan Exco yang dimaksudkan itu supaya tindakan undang-undang dapat diambil ke atas individu terlibat.

''Kalau beliau berani, betul-betul anak jantan, namakan orang itu supaya tindakan undang-undang boleh diambil,'' katanya kepada pemberita selepas sidang pagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Jika Choo Keong enggan menamakan Exco terbabit katanya, beliau mahu Ahli Parlimen itu berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan menggunakan Internet untuk menyerang pihak lain.

Ahli Parlimen yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di dalam blognya mendakwa terdapat Exco kerajaan negeri Selangor membenarkan pejabatnya digunakan untuk mengadakan mesyuarat bagi aktiviti perniagaan yang diragui.

Liu ketika mengulas dakwaan itu juga tidak menolak kemungkinan Choo Keong mempunyai agenda tersembunyi apabila membuat dakwaan sedemikian.

Katanya, berdasarkan rekod Ahli Parlimen itu ketika berada di dalam DAP sebelum ini, beliau telah banyak membuat dakwaan melibatkan individu lain termasuk menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggunakan Permit Import (AP) miliknya untuk membeli kereta sekitar 1980-an.

''Saya percaya tuduhan dibuat Choo Keong itu ditujukan khas kepada DAP kerana beliau mempunyai rekod yang tidak baik dengan DAP,'' jelasnya.

Katanya, Choo Keong mungkin marah dengan kepimpinan DAP Pusat apabila dua kali kalah dalam Pilihan Raya Parlimen Bukit Bintang sehingga hilang wang deposit.

Malah beliau mengaku mempunyai masalah peribadi dengan wakil rakyat itu sekitar 1980-an kerana pernah memarahinya kerana menghentam pucuk pimpinan DAP.

''Beliau pernah menghentam pucuk pimpinan DAP dan saya marah dia. Selepas itu, kami berkawan semula. Saya hairan mengapa tiba-tiba dia buat macam ini.

''Sebagai orang politik yang duduk di dalam rumah kaca, dia tidak boleh lontar batu,'' ujarnya.

utusan

No comments: