JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 9, 2009

Rakyat Pensiangan Bidas Kenyataan Kurup


Rakyat di kawasan Pedalaman khususnya kawasan Parlimen Pensiangan membidas kenyataan Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup yang kononnya terdapat rakyat Malaysia memohon bantuan kebajikan untuk kahwin kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rakyat di kawasan ini menyifatkan pendedahan Kurup mengenai perkara itu dalam akhbar tempatan amat memalukan dan menyinggung perasaan masyarakat di kawasan Pensiangan.

Walaupun Kurup bercakap dalam konteks rakyat Malaysia tetapi kenyataan itu dirasai oleh rakyat di Pensiangan yang diwakilinya.

“Adakah kurup benar-benar mendengar perkataan ‘memohon bantuan kebajikan kahwin’daripada masyarakat di kawasan ini atau khabar angin sahaja” kata seorang rakyat Pensiangan yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Kayam.

Katanya, kalau benar, kami minta bukti dan dedah namanya dan di mana kampungnya.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar membuat pendedahan mengejut ini dalam akhbar tempatan pada 4 Julai lepas.

“Setahu saya masyarakat di kawasan Pedalaman tidak pernah memohon bantuan kebajikan kahwin kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat” kata Kayam.

Yang ada katanya, menyampaikan kad jemputan kahwin kepada sanak saudara dan rakan-rakan serta pemimpin-pemimpin yang dihormati termasuk mereka yang bergelar Yang Berhormat.

“Itu memang ada, biasalah kalau nak kahwin kita hantar kad jemputan kepada sanak saudara dan rakan-rakan karib” jelasnya.

Tegasnya, mungkinkan Kurup tidak sedar apa yang dia cakap atau sengaja mencari publisiti sehingga beliau sanggup mengatakan perkataan yang memalukan dan menyinggung perasaan itu.

“Sebagai rakyat di kawasan Pedalaman, kami minta dengan hormat agar Kurup menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia khusus di kawasan Pensiangan yang mengangkatnya sebagai Ahli Parlimen menang tanpa bertanding” tambah Kayam.

Kalaupun Kurup tidak mahu menarik balik kenyataannya itu dan memohon maaf katanya, lain kali jangan lagi buat pendedahan atau kenyataan yang boleh menyentuh perasaan rakyat.

OLEH : MARUTIN ANSIUNG

No comments: