TENOM: Gara gara keceluparan seorang pegawai mengungkapkan perkataan berbentuk sensitif yang mungkin tidak disengajakannya, dua orang tetamunya merupakan orang kampong yang berurusan dengan pegawai terbabit, merasa tersinggung dengan sikap pegawai itu yang antara lain menuduh mereka (orang kampong) kononnya selalu mengkritik dan menghentam wakil rakyat disini, menyebabkan mereka tidak diberi layanan untuk projek pembangunan.
Mantan Pengerusi JKKK Kg Tukalilan Jangkat Maniam 46, dan seorang rakannya Salingin Gustin 41, meluahkan kekecewaan mereka kepada Harian Ekspress pada Isnin, terhadap gelagat pegawai terbabit agar tindakan disiplin akan diambil keatasnya.
Mereka sifatkan lontaran kata kata pegawai itu telah lari daripada fakta dan tugasnya selaku penjawat awam, kerana apa yang diungkapkannya berunsur tuduhan melulu dan peribadi.
Menurut Jangkat, kejadian itu berlaku apabila mereka meminta ehsan daripada pegawai terbabit supaya pelaksanaan kerja kerja menyimin jalanraya masuk ke Kg Tukalilan agar disegerakan pelaksanaannya kerana telah pun diluluskan.
Bagaimana pun, selain pegawai itu menjawab mengikut kelojikannya bahawa kerja kerja itu belum dapat dilaksanakan kerana masih menunggu peruntukkan, sebaliknya pegawai itu bertukar nada dengan berkata,
“ Tapi macam mana lagi YB itu mahu tolong kamurang…kalau kau selalu hentam hentam YB,” kata pegawai itu ketika menjawab rayuan Jangkat yang meminta ehsan pegawai itu sekiranya ada cara lain untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.
Jangkat seterusnya berkata, beliau amat tersinggung dengan lontaran perkataan pegawai terbabit kerana bukan sahaja perkataan itu berbentuk tuduhan melulu, tetapi paling menyedihkan lagi bahawa kedudukkannya seorang penjawat awam tidak seharusnya mencampuri urusan politik yang dia tidak ada kelayakan (locus standi) berkata demikian rupa.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Tukalilan John Mansatu 50, ketika dihubungi menjelaskan bahawa projek menyimin jalanraya masuk ke perkampongan itu sejauh 350 meter telah pun diluluskan dan telah pun tersenarai untuk pelaksanaan, namun setakat ini setelah beberapa bulan berlalu belum ada tanda tanda untuk dilaksanakan.
“ Saya tidak bersetuju kalau pegawai itu mengeluarkan kata kata menuduh yang bukan bukan kepada Jangkat dan rakannya…kerana bukan tugas pegawai itu berkata yang berbaur politik…sebaliknya pegawai itu harus meminta maaf diatas kejadian itu,” jelas John.
Sehubungan itu, Pegawai Pembangunan daerah yang juga Penolong Pegawai Daerah Pembangunan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.
Oleh: Mail Mathew
No comments:
Post a Comment