JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 13, 2009

Projek Lanskap yang membazir?

KUNAK : Pembinaan lampu hiasan bagi memperindah pekan Kunak yang didirikan di beberapa kawasan di sini dilihat tidak memberi manfaat kepada masyarakat kerana ia hanya boleh menghasilkan cahaya yang suram atau tidak terang.

Jurucakap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kunak, Djapri Kudusat berkata, cahaya lampu itu apabila waktu malam sangat suram menyebabkan kawasan yang berdekatannya masih berkeadaan sedikit gelap.

“Saya bukan berniat nak mengkritik secara semberono, tapi lihatlah bagaimana cahaya lampu itu pada waktu malam?. Anda boleh menilainya sendiri”, tanya Djapri kepada Daily Express di sini.

Beliau menyeru agar sebarang projek pembangunan seperti usaha mengindahkan lanskap pekan Kunak dibuat dengan teratur dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya yang berada atau kebetulan melalui kawasan seperti itu pada waktu malam .

Beliau memuji usaha Majlis Daerah Kunak (MDKNK) untuk mengindahkan kawasan pekan dan kawasan-kawasan taksirannya, namun projek seperti itu seelok-eloknya perlu mendapat maklumbalas atau pendapat daripada orang ramai sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

“Saya juga sebenarnya tidak suka mengkritik, tetapi apabila keadaan seperti ini wujud, masyarakat kadang-kala mahu penjelasan kerana kemudahan itu dibina untuk faedah bersama”, katanya lagi.

Projek bina lampu hiasan itu siap sejak beberapa bulan lalu.

Oleh :Ibrahim Tabir

No comments: