![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyYaKEiLBxDFLSKb-bl4gMO3FEjaUK0joezdT6jgMbE4pcGSi1sCl6gON2uy2-BEFcQymqzdcSSpWbS29gq1SaOYHD09BDi7AsMeHRf9zASxnhYfKfrIRlr1kKm6aSVxF9ImZOIwDzvJo/s400/masairasiaeq2.jpg)
KEMENTERIAN Pengangkutan sedia menimbang sebarang cadangan daripada syarikat penerbangan seperti AirAsia Bhd yang berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kuala Lumpur-Stockholm-New York berikutan langkah Penerbangan Malaysia (MAS) menggantung perkhidmatannya ke laluan berkenaan mulai Oktober ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata ia bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan semua pihak berwajib.
Pada masa ini unit Air-Asia, AirAsia X menawarkan penerbangan jarak jauh ke London, Melbourne, Perth dan Taipei.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZiGPsxunl-3VSx7Wdq5STcowxOgTki2c6JC0uFPAYq49OaYH3Dy_gvP6ykMdER6PB86uU_Rn4fHGDCxYK_J3hyphenhyphenGeOwRa1RWieyXyF7ciSzfxL1rc7x_XUd83ZMLHevOTUqaEFMKIXtDc/s400/423816662_402d560e43.jpg)
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, kemerosotan ekonomi global adalah antara punca yang menyebabkan pendapatan MAS terjejas teruk.
“Misalnya bagi suku pertama tahun ini MAS dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM698 juta. Jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan MAS bagi Januari hingga April tahun ini pula telah menurun 11 peratus kepada 57.9 peratus berbanding 68.9 peratus bagi jangka masa yang sama tahun lepas,” katanya.
Abdul Rahim berkata fenomena itu turut dihadapi oleh majoriti syarikat penerbangan pesaing yang juga mengalami penurunan ketara dalam tiga hingga empat peratus bagi suku pertama tahun ini.
Beliau berkata berikutan itu, pengurusan MAS mengambil pelbagai langkah meningkatkan jualan melalui promosi online secara besar-besaran, tambang murah dan juga melalui perkhidmatan agensi penerbangan dan pelancongan selain promosi media yang agresif.
bharian

No comments:
Post a Comment