KUALA LUMPUR 9 Julai - Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) bagi Mei 2009 merosot 11.1 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, menyusuli kejatuhan tahunan sebanyak 11.7 peratus (pindaan) pada April 2009.
Penurunan pada bulan Mei ini berpunca daripada kejatuhan indeks pembuatan (15.2 peratus), perlombongan (3.0 peratus) dan elektrik (2.1 peratus), kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataannya hari ini.
Berdasarkan bulanan, IPP bagaimanapun meningkat 1.6 peratus.
Indeks terkumpul bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 turun 13.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, katanya.
Menurut jabatan itu, pengeluaran pembuatan bagi Mei 2009 susut 15.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Pengeluaran bagi April susut 16.1 peratus (pindaan) berbanding bulan yang sama dalam 2008, katanya.
Berbanding bulan sebelumnya, pengeluaran bulan Mei bertambah satu peratus.
Pertumbuhan bagi lima bulan pertama 2009 turun 17.5 peratus daripada pertumbuhan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
utusan
No comments:
Post a Comment