JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 13, 2009

PERNIKAHAN NATRAH SAH


KANGAR: Nurul Natrah Abdullah, 29, wanita mualaf yang dikesan mempunyai identiti bertindih dengan individu lain di Klang, tidak perlu bernikah semula dengan suaminya, walaupun dinasihatkan berbuat demikian oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Malah, bagi Juanda tiada sebab bagi wanita itu untuk berbuat demikian hanya kerana dinasihatkan JPN, sedangkan pada dasarnya urusan akad nikah antara Nurul Natrah dan suami, Sakidan Ahmad, 37, dilihat sah.
Katanya, urusan akad nikah terbabit dilakukan bukan dengan nama asalnya iaitu Maheswary a/p Kuppusamy yang dikatakan milik individu lain, sebaliknya menggunakan nama Islam yang didaftarkan kepadanya iaitu Nurul Natrah Abdullah.

"Jadi, secara kasarnya urusan itu dilihat sah, apatah lagi Nurul Natrah sendiri hadir pada majlis terbabit dengan menggunakan namanya sendiri yang didaftarkan selepas memeluk Islam.

"Pendek kata, itulah dia dan dia adalah dia ketika urusan akad nikah berlangsung dan dia hadir tanpa menyamar sebagai individu lain. Bagaimanapun, Nurul Natrah diminta hadir ke pejabat agama negeri untuk mendapatkan pengesahan terperinci," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Berita Harian, semalam melaporkan, Nurul Natrah yang juga ibu kepada lima anak bingung selepas mendapati identiti yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu sebenarnya palsu dan milik orang lain.

Justeru, dia kini hidup seperti pelarian apabila tidak memiliki identiti dan pengenalan diri kerana semua dokumen miliknya termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran diarah diserahkan kepada JPN dan dia bakal berdepan tindakan jika gagal berbuat demikian.

Paling teruk, pegawai JPN di Putrajaya turut memaklumkan urusan akad nikahnya dengan suami pada 2004 lalu dikhuatiri sebagai tidak sah kerana menggunakan identiti palsu dan meminta beliau melakukan akad nikah semula, untuk mengelakkan daripada bergelumang dosa.

Sementara itu, Juanda menyelar tindakan pegawai JPN bertugas kerana bertindak di luar bidang kuasa, dengan menasihati Nurul Natrah supaya melakukan semula akad nikah.

bharian

No comments: