JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 13, 2009

Harga minyak mentah antarabangsa menjunam


KEBIMBANGAN berhubung tempoh kegawatan ekonomi global yang mengambil masa lebih lama daripada jangkaan awal, menyebabkan harga minyak mentah global kembali menjunam ke bawah AS$60 satu tong minggu lalu.

Sehubungan itu, harga minyak mentah global yang susut lebih 10 peratus minggu lalu juga dijangka terus lemah dalam jangka terdekat ini susulan kelembapan permintaan ekoran kegawatan berpanjangan.

Harga penanda aras kontrak hadapan, Light Sweet bagi penghantaran Ogos yang didagangkan di New York Mercantile Exchange susut AS$1.25 untuk ditutup pada AS$59.16 satu tong kelmarin, paras terendah dalam tempoh hampir dua bulan.

Agensi berita AFP melaporkan, penurunan mendadak kelmarin adalah disebabkan kebimbangan berikutan kelembapan permintaan selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan bahawa kekukuhan aliran meningkat ekonomi global dan permintaan minyak kini mulai pudar.

IEA itu menerusi laporan bulanan terbarunya bagaimanapun berkata, permintaan minyak global dijangka hanya meningkat tahun depan.

“Harga minyak global menyaksikan penurunan mingguan terbesar sejak Januari lalu. Ia adalah ekoran peningkatan dolar AS berbanding euro, justeru mengurangkan aktiviti lindung nilai terhadap inflasi berikutan kejatuhan dolar baru-baru ini,” kata Penganalisis Pasaran BetOnMarket.com, David Evans yang dipetik AFP kelmarin.

“Harga minyak susut 10 peratus minggu ini (lalu) susulan kebimbangan tempoh kegawatan lebih panjang akan menjejaskan permintaan bahan api itu,” tambahnya.

IEA berkata, sejak dua bulan lalu, sebahagian besar pakar ekonomi global mengumumkan, aliran penurunan pertumbuhan ekonomi global sudah mencecah paras dasar dan menjangka berlaku pemulihan kukuh, khususnya pada separuh kedua tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, sentimen itu mulai berubah sejak dua minggu lalu ekoran sebahagian besar petunjuk ekonomi dan tenaga, terus memaparkan kelemahan.

Petunjuk positif yang dipaparkan sebelum ini jelas hanya sebagai ‘green shoot’ yang dijana sebahagian besarnya oleh aktiviti pengumpulan inventori berbanding peningkatan permintaan. - Agensi

No comments: