JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, July 13, 2009

Labuan tidak memerlukan penjara ?

LABUAN: Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Wilayah Perse-kutuan Labuan menolak cadangan kerajaan untuk membina sebuah penjara di pulau ini.

Pengerusinya, Haji Alias Hussin berkata, Labuan yang merupakan sebuah pulau kecil dengan kepadatan penduduk-nya tidak sampai 100,000 orang tidak memerlukan se-gera pembinaan sebuah penjara.

“Kita tidak mahu Labuan yang di kenali sebagai sebuah pulau yang bersih dan indah serta mempunyai status ke-wangan luar pesisir antarabangsa akan bertukar bertu-kar imej kepada “Pulau Ban-duan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas yang dihantar kepada New Sabah Times di sini, petang kelmarin.

Menurut Haji Alias, cadangan untuk membina penjara tersebut di Kampung Sungai Buton, dekat sini turut tidak disenangi oleh penduduk kampung itu sendiri.

“Bantahan itu bukan bererti rakyat Labuan menolak pembangunan, tetapi biarlah ada kewajaran yang mampu memberi manfaat kepada rakyat Labuan secara keseluruhannya.

Katanya, usaha untuk me-nolak pembinaan penjara itu sudahpun disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan me-lalui Perbadanan Labuan da-lam satu sesi dialog bersama Pengerusinya yang diadakan baru-baru ini di sini.

Menurut Haji Alias, mereka telah pun merayu kepada Pengerusi Perbadanan Labuan yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Perse-kutuan, Dato’ Ahmad Phesal Talip supaya projek yang tidak memberi keuntungan kepada warga Labuan dibatalkan atau digantikan dengan projek lain yang lebih menjurus kepada kepentingan rakyat tempatan.

Dalam waktu yang sama beliau juga turut meminta ke-pada Jabatan Penjara Malay-sia, supaya cadangan pembina-an penjara itu terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak Perbadanan Labuan.

“Kami dimaklumkan Per-badanan Labuan sendiri tidak tahu menahu mengenai cadangan pembinaan penjara itu di sini,” katanya.

sabahtimes

No comments: