JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, August 16, 2009

CUEPACS TERKEJUT KEPUTUSAN BN

Cuepacs terkejut dengan keputusan terbaru kerajaan yang menarik balik persetujuan membenarkan bank komersial membuat pemotongan terus gaji bagi pinjaman dibuat kakitangan awam dan menganggap ia sebagai tidak konsisten.

Presidennya, Omar Osman, berkata kerajaan perlu memanggil Cuepacs bagi mendapatkan pandangan sebelum menarik balik keputusan yang sudah dibuat.

Katanya, beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan bahawa keputusan itu dibuat selepas menerima bantahan daripada koperasi.

“Ini adalah soal pinjaman yang kakitangan buat dan sepatutnya pandangan ahli Cuepacs diambil kira sebelum keputusan baru hendak dibuat,” katanya dihubungi Berita Minggu, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan mengekalkan urusan pemotongan gaji bagi pinjaman dibuat kakitangan awam kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), bukan bank komersial.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Ya akob dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu hasil bantahan daripada pihak koperasi.

Isu pengambilalihan urusan pemotongan gaji bagi pinjaman yang dibuat kakitangan kerajaan timbul apabila Akauntan Negara membuka tawaran bagi perkhidmatan berkenaan kepada bank dan syarikat kewangan tempatan yang memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang kini dipelopori koperasi kredit, termasuk Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat).

Omar berkata, pegawai tertinggi Cuepacs sudah menemui Akauntan Negara untuk menyatakan hasrat berminat mengambil alih tugas menjadi agensi pemotongan kredit untuk pinjaman kakitangan awam daripada Angkasa.

Katanya, selain hasrat berkenaan, pihaknya juga mahu mendapatkan maklumat mengenai pemotongan dan pinjaman yang dibuat kakitangan awam.

“Pertemuan berjalan lancar dan kami diberitahu kira-kira RM3 juta komisen dikutip Angkasa setahun daripada urusan pemotongan gaji kakitangan awam untuk bayaran balik pinjaman. Ini satu yang mengejutkan dan kami berminat untuk meneruskan hasrat mengambil tugas Angkasa dalam urusan berkenaan.

“Bagaimanapun ia perlukan perbincangan lanjut dan kini mendapat maklum balas daripada ahli sebelum dibincangkan pada Majlis Kongres yang akan bersidang Disember ini,” katanya.

bharian

No comments: