Bagaimanapun, Shafie harus bertanggung jawab di atas cubaan dan tindakan beliau memancing keluar Adun PKR tersebut dengan habuan yang lumayan dan seharusnya berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin UMNO peringkat akar umbi di Kedah.
Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu (berbaju merah hati), menjelaskan bahawa beliau tahu siapa yang memainkan peranan memancing Adun PKR dan sedang berusaha memancing sekirang-kurang tiga lagi Adun agar meninggalkan parti tersebut dengan ganjaran yang lumayan, sama dengan modus operandi yang dijalankan di Perak dan Sabah sebelum ini.
"Kita telah lama mengekori seorang jutawan dari Sandakan, Sabah yang amat rapat dengan Shafie dan kita mempunyai bukti pertemuan mereka sebelum ini. Kita akan serahkan bukti kepada pihak berwajib apabila tiba masa yang sesuai," ujar Lahirul yang kesal dengan cara Shafie cuba mendapatkan kuasa melalui pintu belakang.
Lahirul menegaskan pihaknya mengutuk tindakan membeli 'Adun' oleh mana-mana pihak kerana memegang prinsip demokrasi disebabkan Adun atau Ahli Parlimen yang dipilih berdasarkan parti yang diwakili dan bukannya peribadi tokoh berkenaan.
"Sewajarnya Mohd Radzi meletakkan jawatan setelah keluar daripada PKR dan tidak menggunakan tiket parti untuk kepentingan diri. Dia mahu keluar Pakatan, dia boleh keluar tetapi jangan bawa kerusi yang dimenangi atas tiket PKR," tegas Lahirul yang mengecam tindakan Mohd Radzi yang mengekalkan potfolio Exconya sekalipun kini menjadi Adun bebas.
Bagaimanapun Lahirul enggan mengulas sama ada Adun tunggal DAP, Lim Guan Aik yang telah mengumumkan menjadi ahli bebas pada 4 Julai lalu adalah atas pengaruh Shafie atau tokoh lain kerana mereka masih menjalankan pemantauan.
Percubaan koresponden Sabahkini di Kedah untuk menghubungi Mohd Radzi di pejabatnya di No. 76 Tingkat 1, Taman Sri Limau, 09600 Lunas, Kedah Darul Aman gagal kerana dimaklumkan beliau berada di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment