JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

10 TAHUN JADI MENTERI, ENGGAN DATANG KE SARAWAK

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kali pertama melawat rumah panjang Iban sejak 10 tahun menjadi menteri kini dalam rangka lawatan kerja selama empat hari lima malam ke negeri ini bagi mengenal pasti bantuan yang boleh diberikan kepada rak-yat negeri ini.

Katanya, kemajuan Sarawak dapat dilihat kerana pentadbiran dan kebajikan rak-yat di negeri ini dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Melihat akan keadaan itu, kita mengharapkan sokongan berterusan kepada kerajaan sedia ada dan dengan kewangan yang ada kita akan membantu dalam penyediaan segala kemudahan yang diperlukan oleh rakyat negeri ini.

“Mengenai kemudahan bekalan air paip dan pemilikan tanah oleh Rumah Lampoh saya telah mencatatnya dan akan berurusan dengan kerajaan negeri untuk mencari jalan menunaikan permintaan penduduk rumah panjang ini,” katanya

Sementara itu, Nazri (TAK BERBAJU ITU ANAK NAZRI) turut menasihati rakyat di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan hasutan kumpulan tertentu yang cuba mengkucar-kacirkan keharmonian dan keamanan penduduk di negeri ini.

“Kita berharap penduduk di negeri ini tidak berubah hati kerana orang-orang Iban hari ini telah berjaya dan ramai yang telah menyandang jawatan tinggi sebagai hakim, peguam, jurutera dan sebagainya yang menjelaskan bahawa rakyat tanpa mengira kaum di negara ini diberi layanan yang sama.

“Saya juga menteri untuk Sarawak dan lawatan ini bukanlah yang terakhir dan mungkin pada sambutan Hari Gawai tahun depan seperti yang dicadangkan saya akan kembali ke Rumah Lampoh di Bintulu,” katanya.

Nazri berkata lawatannya itu bukan bermaksud Sarawak hampir mengadakan pilihan raya (yang mungkin diadakan dalam tahun 2011?) sebaliknya ini adalah lawatan untuk mendengar permasalahan rakyat yang belum dapat di-selesaikan.

Turut mengiringi beliau Timbalannya Datuk Liew Vui Keong, Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak Datuk Talib Zulpilip, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi ARB Datuk Dusuki Ahmad dan Pengarah Urusan Kum-pulan ARB Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Samsiah Abu Bakar serta Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

No comments: