JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 11, 2009

Kesatuan Tentang Permintaan Airasia

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) -- Kesatuan Pekerja Pengangkutan Udara Sabah (ATWUS) dan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Udara Sarawak (AWUS) menentang permintaan AirAsia baru-baru ini untuk mengkaji semula laluan perkhidmatan udara luar bandar (RAS).

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua kesatuan itu di sini hari ini, Kementerian Pengangkutan tidak boleh mengubah perjanjian sedia ada hanya untuk menampung permintaan AirAsia.

Presiden ATWUS Mohd Alfreedo Mohd Yahya berkata permintaan AirAsia untuk mengendalikan laluan Kuala Kinabalu-Sibu kemungkinan memberi kesan kepada perniagaan MASwings dan juga secara tidak langsung kakitangannya dan orang ramai.

"Dengan membenarkan AirAsia terbang pada sektor itu akan turut memberi maksud kerajaan memberi sabsidi kepada keuntungan AirAsia kerana MASwings tidak akan dapat mengoptimumkan kapasiti tempat duduknya," katanya.

Mohd Alfreedo berkata AirAsia, melalui anak syarikatnya, Fly Asian Expres (FAX), telah mengambil alih RAS dari Malaysia Airlines (MAS) berikutan eksesais rasionalisasi yang diumumkan pada 2006.

Tetapi, kurang dari setahun kemudiannya, FAX menyerahkan kembali perkhidmatan itu dan anak syarikat MAS, MASwings telah mengambil alih dan memberi perkhidmatan kepada laluan itu sejak itu, katanya.

No comments: