JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 18, 2009

PRU 13 : UMNO CUBA TAWAN MASJID


Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

M Sazali Kamilan - setiausaha politik kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - berkata surat tersebut juga bukan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebaliknya, jelas beliau, surat itu bertujuan meminta ketua Umno bahagian di Wilayah Persekutuan mengemukakan senarai calon yang berwibawa untuk dicadangkan kepada JAWI bagi dilantik menganggotai AJK masjid.

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.Mengulas mengenai pemilihan dan pelantikan calon untuk mengisi jawatankuasa masjid di seluruh Wilayah Persekutuan, Sazali berkata, ia terpulang kepada perbincangan dan mesyuarat antara menteri, JAWI dan pimpinan masyarakat setempat.

"Dari segi fizikalnya, surau dan masjid adalah di bawah seliaan Menteri Wilayah, tetapi soal dakwah dan pengisian di masjid, di bawah bidangkuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom," katanya.

Bagaimanapun beliau "tidak pasti" bila perbincangan untuk memilih jawatankuasa tersebut akan diadakan.

Beliau berharap isu itu tidak dipanjangkan dan berharap ahli Umno, sekiranya dilantik dalam jawatankuasa masjid atau surau, akan memainkan peranan lebih aktif untuk membangun masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan

No comments: