JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, August 15, 2009

PIMPINAN BARU PAS SABAH

BADAN Perhubungan PAS Sabah telah selesai membentuk barisan pimpinannya untuk sesi 2009/2011 pada mesyuaratnya yang pertama di Putatan, sabtu lepas yang telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tuan Haji Muhamad Abdullah, telah bersetuju melantik beberapa muka baru bagi memantapkan lagi barisan pimpinannya sebagai persiapan pilihanraya yang ke 13.
Antaranya termasuklah Hisamudin Sulaiman yang telah dilantik Ketua Penerangan yang baru. Sebelum ini beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau dan seorang aktivis yang berpengalaman khususnya di negeri Sembilan.

Manakala kesemua Timbalan Pesuruhjaya dikekalkan iaitu Tuan Haji Hamzah Abdullah (Batu Sapi), Ahmad Dolah (Tawau) dan Aminudin Aling (Kota Belud). Turut dikekalkan Setiausaha, Kadarisman Kadiran (Kalabakan) dan Norain Kadir sebagai Bendahari (Tawau). Tiga orang telah dilantik Penolong Setiausaha iaitu Nasir Che Ali (Tawau), Sahar Abdul Majid (Sandakan) dan Salman Amin (Sepanggar).

Di samping itu bekas Ketua Pemuda sesi lepas, Ustaz Anuar Ali (Sepanggar) telah dilantik sebagai ahli Badan Perhubungan. Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat telah dimanahkan menerajui Lajnah Perpaduan Nasional. Turut dilantik ialah Tuan Haji Akriah Abdullah (Sepanggar), Khairul Yusri (Dewan Pemuda), Seri Wahyuni (Dewan Muslimat), Tuan Haji Norbin Aloh (Kalabakan) dan Ustaz Kamal Mat Daud (Keningau), seorang bekas pimpinan kanan pelajar universiti.

PAS Sabah kali ini menyaksikan seramai tiga orang telah dilantik sebagai pimpinan Pusat iaitu Tuan Haji Muhamad Abdullah selaku Pesuruhjaya Negeri, Saudara Ahmad Dolah selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ustaz Anuar Ali selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments: