JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, August 19, 2009

PRU SARAWAK : MENTERI DIPAKSA LAWAT SARAWAK ?

Menteri-menteri persekutuan harus lebih kerap ‘turun padang’ untuk melihat sendiri masalah yang dialami rakyat, khasnya di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Sri Utama Pandikar Amin Mulia berkata, rakyat pedalaman kedua-dua negeri tersebut memerlukan lebih perhatian untuk memastikan mereka dapat berkongsi nikmati kemajuan yang dikecapi negara.

“Seperti di Sabah, kawasan luar bandar di Sarawak harus diberikan fokus lebih (oleh menteri persekutuan) dengan mengamalkan sikap ‘turun padang’ bagi melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di pedalaman,” ujarnya kepada pemberita di sini, semalam.

Pandikar berkata, setiap permasalahan rakyat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen (AP) dari Sarawak di Parlimen sememangnya demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Sambil menyifatkan AP dari Sarawak sangat prihatin terhadap masalah-masalah rakyat, Pandikar berkata mereka semuanya sentiasa bersuara ketika Parlimen bersidang.

“Saya akui bahawa AP dari Sarawak sungguh prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat khasnya di pedalaman. Ini menunjukkan mereka amat mengambil berat terhadap isu-isu rakyat,” jelasnya.

Beliau menarik perhatian, AP dari Sarawak turut bersopan santun ketika bertutur serta mengutarakan sebarang masalah di Dewan Rakyat.

“AP termasuk menteri dan timbalan menteri dari Sarawak menunjukkan sikap yang amat baik setiap kali bersidang di Dewan Rakyat, dan mereka tidak pernah menimbulkan sebarang masalah,” tambah-nya.

Pandikar yang mengadakan lawatan tidak rasmi ke Sarawak sejak beberapa hari yang lalu turut melawat beberapa tempat di pedalaman Sarawak untuk menyaksikan sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk.

“Apa yang diutarakan oleh AP dari Sarawak ketika sidang Parlimen mengenai masalah penduduk luar bandar adalah benar kerana saya sendiri ‘turun padang’ ke kawasan berkenaan dan melihat sendiri,” tambahnya sambil menekankan bahawa AP dari Sarawak sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada apa jua masalah rakyat negeri ini.

borneopost

No comments: