JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, August 19, 2009

REBUTAN DUN KIDURONG


KUCHING: Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong cuma boleh dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN).

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata ‘perbincangan’ menerusi media adalah pendekatan kurang sesuai untuk menyelesaikan isu politik.

“Lazimnya perkara seperti ini dibincangkan di kalangan pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Malah saya berpendapat perkara ini masih terlalu awal untuk diperkatakan,” katanya kepada pemberita selepas Seminar dan Dialog Perdagangan dan Pelaburan Sarawak dalam Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan di sini, semalam.

Beliau berkata, beliau lebih gemar menyerahkan keputusan yang membabitkan parti-parti komponen BN kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri enggan mengulas lanjut.

Isu DUN Kidurong muncul apabila Presiden Parti Demo-kratik Progresif Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing muncul dengan kenyataan itu.

Mawan dan Masing kelmarin berkongsi pendapat apabila diminta mengulas mengenai syor Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin baru-baru ini.

Khaled mencadangkan agar BN mengkaji semula agihan kerusi di kalangan parti-parti komponen dengan berteraskan kehendak penduduk di sesebuah kawasan Parlimen atau DUN.

Ini menurut beliau merupakan persiapan awal BN untuk menang pilihan raya umum akan datang.

Kerusi itu kini diwakili Chiew Chiu Sing daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk tempoh dua penggal - pilihan raya negeri 2001 dan 2006 setelah mene-waskan calon daripada SUPP.

Sementara itu di BINTULU, SUPP Cawangan Bintulu tidak bersetuju dengan syor meletakkan calon BN daripada parti komponen lain untuk bertanding di kerusi itu pada pilihan raya negeri ini akan datang.

Pengerusinya Henry Ling Kuong Meng semasa dihubungi Utusan Borneo berkata, menang atau kalah bukan berkaitan parti komponen sebaliknya banyak faktor yang mempengaruhinya dan syor yang dikemukakan itu kurang sesuai.

“Banyak kerusi BN mengalami masalah yang sama. Pada akhirnya rakyat yang akan menentukan dan kita tidak mahu keadaan itu membawa implikasi lebih besar kepada BN kelak,” katanya.

Henry berkata sewajarnya parti komponan BN saling bekerjasama dan bukan isu kalah atau menang yang dibangkitkan.

Katanya, banyak isu berkaitan polisi kerajaan, isu setempat yang timbul cuma bagaimana untuk pihak berkuasa tempatan menyelesaikannya (sekiranya membabitkan isu tempatan).

Selain itu Henry berkata, banyak faktor yang menentukan kemenangan dan kekalahan seseorang calon itu dan adalah lebih baik parti komponen BN saling bantu-membantu berbanding mencadangkan untuk meletakkan calon daripada parti komponen BN lain.

“Saya tidak bersetuju dengan syor tersebut dan sewajarnya dalam semangat BN semua parti komponen perlu bekerja keras bersama dalam satu polisi kerajaan yang sama,” katanya.

Jelasnya, kekalahan seseorang calon yang diletakkan kadang-kadang dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada masalah calon itu sendiri, pemimpin parti atau berkaitan masalah negara

borneopost

BERITA BERKAITAN DI SINI

No comments: