JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 18, 2009

PERANG PERMATANG PASIR


JAM 6 pagi, telefon 'morning call' berdering. Saya terjaga. Arab, Wak Din dan Yeop masih dengkur. Malam tadi menyaksikan Liverpool tewas kepada Spurs 2-1. Kalau Liverpool 'favorite' boleh kalah, tidak mustahil PAS pun boleh kalah, kata Wak Din.

“Kita mesti berada di Sunway hotel jam 7.30 pagi” Arab membuat arahan. “Dato Hisham minta kita berkumpul di situ dan bertolak ke pusat penamaan calon”.

Seperti pesta di Seberang Prai. Semua bilik hotel penuh termasuk kawasan sekitar. Terpaksalah kongsi bilik Hotel Pearl View dengan kawan-kawan. Saya sebenarnya teruja melihat semangat setikawan orang-orang muda ini. Malah pada PRK Permatang Pasir kali ini, BN dan PAS banyak bergantung kepada golongan muda.

Kami tiba di Sunway Hotel sekitar 7.30am. Saya, Arab atau nama sebenar Anuwar dan Wak Din terus masuk ke coffee house. Kelihatan Datuk Aziz Rahim dan beberapa orang lagi. Kami belum sarapan tetapi tidak seorangpun yang ajak minum. Tak apalah. Tak lama kemudian, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Koh Tsu Khoon dan seorang lagi yang tidak saya kenal keluar dari lif menuju ke pintu utama hotel.


“Selamat pagi Tan Sri”. Dia tidak pun menjeling. Mungkin fikirannya tertumpu kepada penamaan calon. Mungkin perhatiannya sedang mencongak strategi BN. Saya tak kisahlah samada Tan Sri balas atau tidak teguran saya.

Depan pintu, SETPOL Haji Yusof juga sedang menunggu. Dia juga seolah-olah tidak kenal saya walau telah beberapa kali berjumpa dan sekali datang ke pejabatnya di Putrajaya. Barangkali semua fokus kepada pilihan raya. Saya dan Wak Din terus ke kereta.


“Tan Sri engkau tak salam?” tanya Wak Din. “Dia tak senyum pun bila saya tegur malulah nak hulur tangan?”. Saya jawab ringkas.

Kereta Harrier kami mengiringi Dato Hishamuddin Tun Hussien ke pusat penamaan calon. Laju tanpa kesesakan kerana ada “rider” sehingga kira-kira 20 meter sebelum sampai ke tempat penyokong BN berkumpul. Ramai penyokong termasuk yang membawa berbagai sepanduk telah berada di situ.

Pilihan raya kecil Permatang Pasir agak sukar di ramalkan. Namun saya menjangkakan factor pengundi muda akan sekali lagi menentukan trend sokongan. Jika di Manek Urai pengundi muda telah kembali memberi sokongan kepada BN, apakah trend ini akan berulang?

Pemimpin golongan muda termasuk Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi, Dato Hishamuddin, Dato Shafie Afdal, Khairi Jamaludin, Dato Rosnah, Dato Shahrizat perlu menggembeling tenaga muda jika BN ingin memberi cabaran di Permatang Pasir.

Oleh: MUSLI OLI

No comments: