JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 11, 2009

PENDUDUK KUNAK 'DIPAKSA' BELI AIR?

Oleh: IBRAHIM TABIR

JABATAN Air Daerah Kunak terus dikritik kerana gagal memberi perkhidmatan yang berkesan khususnya kepada pengguna berdaftar yang diselubungi dengan masalah gangguan bekalan air sejak hampir seminggu lalu.
Wakil penduduk Kampung Simpang Empat berkata, mereka 'dipaksa' membeli sejumlah air yang boleh diperoleh menerusi perkhidmatan lori tangki jabatan itu yang beroperasi menghantar bekalan air kepada pengguna yang ingin membelinya secara 'tunai'.

"Inilah yang sering berlaku kepada kami setiap kali berlaku gangguan bekalan air", getus beliau yang menggesa Pengarah Jabatan Air Sabah supaya bertindak dengan mana-mana pegawai atau kakitangan jabatan itu yang sengaja membelakangkan kepentingan rakyat khususnya penduduk tempatan yang mempunyai rekod baik dalam hal pembayaran bil air.

Beberapa bulan lau, ketika masalah serupa berlaku, ada di antara penduduk yang membayar sejumlah RM 50 kepada pihak jabatan itu semata-mata mahu mendapatkan air untuk diisi dalam tangki plastik di rumah.

"Lebih baik mana-mana kakitangan awam letak jawatan jika tidak boleh melakukan terbaik dalam perkhidmatan kerana masih ramai orang di luar sana yang mencari pekerjaan dan mahu bekerja dengan sempurna", katanya tegas.

Tidak ada ertinya laungan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' sekiranya ada kakitangan awam yang tidak mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan memenuhi aspirasi rakyat.

No comments: