JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

ZAHID HAMIDI : CALON UMNO TIADA MORAL

BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman layak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir walaupun lesen guaman sivil dibatalkan oleh Majlis Peguam Malaysia.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu tidak akan menjejaskan peluang Rohaizat, yang juga Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh di Permatang Pasir.

"Penasihat Undang-undang Umno sudah semak dan mendapati beliau (Rohaizat) masih layak untuk bertanding sebagai calon BN di Permatang Pasir," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat operasi BN di Bukit Meraj, Jalan Permatang Pauh, di sini, Ahad.

Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata demikian bagi menjelaskan mengenai beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut lesen guaman Rohaizat telah dibatalkan Majlis Peguam.

Ahmad Zahid berkata lesen guaman itu dibatalkan pada 2003 berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma.

"Keputusan Majlis Peguam perlu dihormati oleh mana-mana peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam. Daripada segi perundangan, mungkin Rohaizat tidak salah tetapi daripada segi moral, mungkin inilah yang dipertikaikan oleh pihak yang akan berlawan dengan Rohaizat," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS pada 31 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon esok manakala pengundian pada 25 Ogos ini.

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi termasuk seorang pengundi pos dan daripada jumlah itu 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

No comments: