JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

REBET : BN GUGAT WANG RAKYAT


SIBU: Rebat minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan dan enjin sangkut berikutan kenaikan harga minyak dua tahun lepas, tidak akan diberikan lagi buat masa ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kewangan II, Dato Sri Wong Soon Koh, beliau tidak menolak rebat sama akan diberikan sekiranya harga minyak di negara ini naik lagi berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global.

“Walau bagaimanapun, adalah dimaklumkan bahawa bantuan seperti ini (rebat) hanya diberi pada kali ini sahaja.

“Seperti yang anda tahu, harga minyak di pasaran global sudah turun. Jadi bantuan seperti ini tidak akan diberi lagi buat masa ini.”

Wong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Subsidi Minyak Petrol kepada pemilik enjin sangkut di Tingkat 15, Wisma Sanyan, semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Andrew Shilling Banggit, Pegawai Daerah Sibu Wong See Meng serta wakil Residen Bahagian Sibu, Brin Munsang.

Wong yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam berkata, pemberian rebat itu sekali gus menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang prihatin.

“Walaupun kerajaan hanya mampu memberi bantuan berdasarkan kuasa kuda enjin, penerima harus berterima kasih atas keprihatinan kerajaan,” katanya.

Beliau juga berharap ekonomi dunia akan bertambah baik supaya penduduk negeri ini dapat menikmati hasil pembangunan.

Seramai 118 pemilik enjin sangkut dengan 20 kuasa kuda (kk) ke atas menerima rebat mereka semalam membabitkan peruntukan sebanyak RM83,190.

Sementara kumpulan kedua pemerima seramai 391 orang (20kk-10kk) dan kumpulan ketiga seramai 747 orang (10kk ke bawah) akan menerima rebat mereka kemudian.

Kumpulan kedua dan ketiga ini masing-masing melibatkan peruntukan sebanyak RM195,500 dan RM261,450.

borneopost

No comments: