2. Secara Kebetulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyambut hari lahir beliau pada 10 Ogos ini. Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Pulau Pinang.
3. Senator Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom akan berceramah di Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda Gombak, Selangor pada 10 Ogos ini. Kawasan GombaK sejak dulu adalah kubu kuat PAS. Adun Gombak Setia ialah Datuk Dr.Hasan Ali yang jugak Pesuruhjaya PAS Selangor manakala Ahli Parlimen Gombak ialah Azmin Ali yang juga Orang Kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. 10 Ogos jugak ialah hari lahir pemilik blog ini :). Pastinya penulis tidak layak hendak dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun, sekuranga2nya penulis berkongsi sesuatu dengan beliau. Salam Hari Lahir Datuk Seri, semoga istiqamah dalam memimpin Malaysia Ke arah yang lebih baik. Berjuanglah Untuk Islam Kerana Allah.
5. Istilah HARI LAHIR lebih sesuai digunakan berbanding hari jadi kerana kita memang dah jadi pun. kita sekadar meraikan hari lahir kita, yang juga bermaksud kita semakin tua dan ajal maut semakin menghampiri. bukankah malaikat maut mengunjungi kita setiap hari?.
p/s : Syukran, syukria, Thank u dan terimah kasih pada semua pengunjung blog ini. Penulis agak sibuk sedikit sejak akhir-akhir ini. Salam kemaafan dari saya. Insya allah, ada keluangan blog ini akan sentiasa di update. -masdarwahid-
Saya ingin bertanya apakah hukumnya menyambut hari lahir secara besar-besaran dengan meniup lilin dan memotong kek disertai dengan lagu selamat hari lahir. Adakah ia bercanggah dengan cara Islam atau tidak?
jawapan:
Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja.
Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online):
Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi.
Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja.
Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a’alam
P/S: Birthday dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq (Mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla. Buku Maulid yg pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dgn jodol atTanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir. Maulid (Birthday) ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi menyambut upacara ini (Prof Syurbasyi, yas-aluunak)
www.bincang.net
No comments:
Post a Comment