JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 25, 2009

NAJIS NAJIS KFC


MAJLIS Daerah Tenom berkemungkinan akan mengarahkan operasi restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) ditutup sementara jika pengurusan KFC itu masih berdegil tidak memberi kerjasama dengan pihak Majlis dari segi pengawalan pembuangan sisa-sisa minyak ke dalam pembentungan yang menjadi punca pembentungan itu tersumbat.

“ Saya akan bincangkan masalah ini dalam satu mesyuarat khas jawatankuasa kebersihan Bandar isnin ini…dan selepas itu kita akan keluarkan surat kepada KFC,” kata Wilfred Gantiu, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah ketika beliau melawat kerja-kerja membaikpulih enam pembentung yang tersumbat di lorong pasar ,berhampiran KFC pada malam Ahad.

Masalah pembentungan tersumbat yang heboh diperkatakan di dalam akhbar tempatan baru-baru ini, masih belum dapat dibaikpulih sepenuhnya yang melibatkan 6 pembentung, di mana kesemuanya telah tersumbat akibat dipenuhi sisa pepejal berminyak yang dipercayai telah dibuang ke pembentung itu oleh restoran KFC.

Menurut Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) Grey Lind yang turut berada pada ketika itu untuk menyelia kerja-kerja membaikpulih mendakwa bahawa sisa minyak yang telah dibuangkan ke dalam pembentung itu telah membeku lalu membentuk ‘plak’ membuatkan kelancaran laluan kumbahan telah tersekat.

“ Kita pasti sisa minyak itu datang dari restoran KFC, kerana berdasarkan pemeriksaan kami telah dapat mengesan tahi tahi minyak terkumpul di dalam pembentung persendirian KFC sebelum mengalir ke pembentung besar,” jelas Grey Lind.

“ Kami mahu KFC sedar masalah ini malah KFC harus bertanggung jawab kesemuanya…kerana masalah pembentung tersumbat berulangkali berlaku hampir 10 kali dalam tahun ini sahaja dan ditempat yang sama,” tambahnya lagi.

Grey menambah, malahan ada segelintir peniaga di sini memandang serong terhadap perkhidmatan yang JKR telah lakukan berkaitan masalah tersebut yang beranggapan bahawa kerja kerja yang telah dijalankan tidak berkualiti.

Sementara itu, seorang peniaga kedai kopi di kawasan terbabit, Christopher Lee meminta pihak Majlis mengambil tindakan serius kepada peniaga yang gagal mematuhi peraturan penjagaan kebersihan sehingga menyebabkan berlakunya masalah seperti itu.

Beliau berkata, disebabkan masalah tersebut semua peniaga yang berada di persekitaran kawasan pembentung yang bermasalah telah terganggu.

DENGAR....Pegawai Eksekutif MDT Wilfred (kiri) mendengar taklimat daripada peniaga kedai kopi Christopher Lee

Oleh: MAIL MATHEW

masdarwahid : KFC ialah salah sebuah daerah di Sabah di mana kawasan ini diwaliki oleh Ahli Parlimen BN melalui Presiden PBS iaitu salah satu sekutu BN Sabah yang kini bergelut dengan UMno dalam perebutan kerusi.

No comments: