JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 24, 2009

RAMADAN DAN ELEKTRIK DI SABAH

PAS Kawasan Tawau sangat prihatin dan simpati dengan nasib rakyat seluruh Tawau yang terpaksa meneruskan penghidupan harian mereka dalam keadaan terus-menerus setiap hari menerima gangguan bekalan elektrik.

Kami juga melahirkan rasa bimbang dengan gangguan bekalan elektrik ini akan menggagalkan malahan mencacatkan ibadah puasa dan ibadah lain yang sangat diharap, di sanjungi dan di tunggu-tunggu oleh umat Islam terutama yang hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja.

Sehubungan itu, kami menuntut supaya kerajaan mengkaji dan seterusnya membayar ganti rugi terhadap kerosakan akibat dari bekalan elektrik yang tidak menentu ini dan kerajaan perlu memberi pampasan kepada seluruh rakyat Tawau ekoran ketidak selesaan dan gangguan mental serta tekanan yang dihadapi berikutan dengan gangguan bekalan elekterik ini.

Kami juga menuntut supaya kerajaan merombak pengurusan SESB dan mengkaji semula semua kontrak SESB dengan pembekal-pembekal tenaga bebas. Dalam hal ini kami mencadangkan supaya kerajaan melantik satu perunding pengurusan bagi mengkaji dan membuat cadangan supaya satu sistem urus tadbir yang sistematik dan telus dapat dibuat untuk SESB.

Salam Hormat,

MOHAMAD HUSSAIN

Yang Dipertua PAS Tawau

23 Ogos 2009 bersamaan 02 Ramadan1430 H

No comments: