JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 11, 2009

Dialog Bersama TG Presiden di Tawau, Sabah

PAS sebagai sebuah parti politik Islam tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO.

Buktinya presiden PAS telah melontar bola politik untuk dihadamkan oleh semua pihak melalui Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment).

Malangnya bola politik ini tidak disambut dengan baik oleh UMNO sebaliknya berlaku sepakan betis (chah keting).

UMNO hanya bersedia bergabung dengan PAS dan meninggalkan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini semestinya tidak akan berlaku kerana PAS adalah rakan yang setia dalam pakatan.

Begitu juga pengalaman pahit turut dirasai apabila PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional lantaran tuntutan PAS untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih Islamik.

Kerajaan Perpaduan yang dimaksudkan oleh Yb Tuan Guru Presiden ialah kerajaan yang melibatkan semua parti politik. Semua parti politik ini berperanan sebagai pemerintah dan dapat menyumbang memajukan negara serta mengurangkan pergeseran antara parti politik.

Apabila ditanya dalam sesi dialog di sebuah hotel di Tawau Sabah, berkenaan PAS yang dilihat lebih berminat untuk berkawan dengan DAP (dipelopori oleh multi kaum dan bukan Islam) berbanding dengan UMNO yang majoriti Melayu Islam.

Tuan Guru Presiden menjelaskan bahawa sudah tiba masanya kita meninggalkan politik perkauman yang sempit yang akan merugikan semua pihak.

Politik perkauman tidak akan menguntungkan Melayu, malah akan menjadi bom jangka yang akan memusnahkan Melayu itu sendiri. Politik perkauman terlalu bahaya untuk diamalkan dan bertentangan dengan Islam.

Baginda Nabi SAW juga tidak mengamalkan politik perkauman Arab sekalipun baginda adalah seorang yang amat berbangga dengan keArabannya.

Politik kita mesti menjurus kepada masyarakat majmuk dan Islam mengajar konsep Tahaluf dalam berpolitik.

Baginda Nabi Muhammad SAW telah menjalin hubungan politik dengan Yahudi Bani Nadir, Bani Qainuqa dan bani Quraizah yang terkenal khianat mereka.

Begitu juga dengan Kristian Najran. Jadi apa salahnya kita berkompromi dalam pakatan longgar dengan mencari titik persamaan bersama DAP untuk membina masyarakat yang Adil dan progresif. Lagipun inilah masanya untuk memperkenalkan politik Islam.

Ketika ditanya tentang keikhlasan DAP dalam menjalinkan kerjasama dengan PAS, beliau menjelaskan, kita tidak berhak menghukum mereka ikhlas atau tidak, kerana kita hanya mampu menghukum yang zahir sahaja.

Sebab itulah, Pakatan Rakyat adalah Pakatan yang longgar tetapi kukuh. Sesungguhnya, bersangka baik itu adalah lebih baik bagi orang mukmin.

UMNO sekalipun parti politik Melayu Islam, UMNO adalah ciptaan dan warisan penjajah. Ketika pejuang PAS dalam Hizbul Muslimin berjuang menentang penjajah Inggeris, pemimpin UMNO adalah pegawai-pegawai Inggeris.

Pemimpin Hizbul Muslim yang ditangkap dan dipenjarakan, sedangkan pemimpin UMNO bersenang lenang dibawah ketiak Inggeris.

Apalagi politik yang diamalkan UMNO mengetepikan politik dosa pahala.

Pemisahan politik dengan agama adalah bukti nyatakan UMNO mengetepikan soal dosa pahala dalam berpolitik. Malah bilamana PAS menekankan soal dosa pahala dalam mengundi umpamanya, mereka mengatakan PAS merasuah pengundi dengan dosa pahala.

Lantaran menolak konsep dosa pahala dalam politik, rasuah seakan menjadi makan minum dalam politik UMNO. Mungkinkah kita dapat bergabung dengan parti politik seumpama ini?

Tuan Guru Presiden tidak menolak penyertaan PAS dalam barisan Nasional tahun 1970/74 tidak mendatangkan beberapa perubahan dalam Kerajaan seperti laungan azan di TV dan Radio, penghapusan hidangan arak walaupun sedikit dalam jamuan negara dan sebagainya. PASTInya PAS tidak pernah menutup pintu rundingan untuk kepentingan ummah dan agama.

Kriman: PAS Sabah
-http://legehiyyah.blogspot.com/

No comments: