JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 11, 2009

PENGANGKUTAN AWAM HANYA GOLONGAN KAYA


KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan meningkatkan lagi pengangkutan bandar di sini bagi memastikan manfaat sistem bersepadu sepenuhnya dinikmati oleh semua pengguna, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Selasa.

Usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam itu meliputi pembanguan laluan baharu aliran transit ringan dari Damansara ke Cheras dan dari Kelana Jaya ke Putra Heights, yang akan menyepadukan hab Kuala Lumpur Sentral sedia ada, katanya.

Najib berkata demikian pada pelancaran gedung runcit Nu Sentral yang dijangka siap menjelang 2012, yang merupakan projek pembangunan bersepadu Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

Nu Sentral mempunyai kedudukan unik kerana ia terletak di tengah-tengah pusat perhubungan bandar raya KL, menghubungkannya dengan keseluruhan tempat di Lembah Klang menerusi sistem transit aliran ringan (LRT) dan sistem komuter serta lapangan terbang antarabangsa terbesar negara menerusi Express Rail Link (ERL).

Satu lagi ciri-ciri akses unik Nu Sentral ialah hubungannya ke KL Sentral menerusi jambatan berhawa dingin dari dan ke Setesen Monorel KL Sentral.

"Apabila siap, kita akan mempunyai sambungan sempurna antara KTM antara bandar dan perkhidmatan komuter, monorel, ERL dan LRT Kelana Jaya menerusi satu stesen dan pembangunan berintegrasi baharu," kata Najib.

Nu Sentral berkeluasan 1.2 juta kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion, yang mengandungi gedung membeli-belah tujuh tingkat dan menara pejabat 27 tingkat.

Ia merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu di KL Sentral meliputi kawasan seluas 2.6 juta kaki persegi yang membabitkan tiga menara pejabat dan sebuah hotel butik dengan GDV RM2.14 bilion.

Nu Sentral dan pembangunan menara pejabat itu adalah projek pelaburan bersama antara Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera.

Sambil menyifatkan Nu Sentral sebagai tiga kali ganda lebih besar daripada Mid Valley Megamall, Najib berkata projek itu akan mengubah Brickfields, meskipun beberapa aspek seperti kawasan Little India, dikekalkan.

Najib juga berkata kerajaan komited untuk bekerja secara usaha sama dengan sektor swasta dalam mempromosikan industri hartanah, bagi mempromosikan ekonomi tempatan.

Beliau berkata infrastruktur yang baik serta penyambungannya merupakan asas untuk pertumbuhan ekonomi di negara membangun.

Pada Februari lepas, kerajaan meluluskan pakej tambahan bernilai RM110 juta untuk meningkatkan infrastruktur jalan di sekitar KL Sentral dan Brickfields, sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.

"Semasa MRCB meminta sokongan kerajaan dari segi kerja awam untuk pembangunan ini, kami bersetuju meluluskan RM110 juta, dengan syarat mereka melabur RM2 bilion," kata Najib.

"Saya gembira kerana mereka telah melabur lebih daripada RM3 bilion," katanya.

Terletak di selatan Stesen Sentral Kuala Lumpur, dengan jalan terus menghala Jalan Stesen Sentral dan Jalan Tun Sambanthan, Nu Sentral akan diurus oleh Nu Sentral Sdn Bhd, pembangunan usaha sama 51:49 oleh MRCB dan PHB.

Sementara itu, Pengerusi MRCB Tan Sri Azlan Zainol berkata Nu Sentral sudah mempunyai capaian penduduk atau pasaran lebih 150,000 pengguna harian yang menggunakan Stesen Sentral KL.

Ia ditambah dengan lebih 20,000 pekerja tetap dan penduduk yang sama ada bekerja atau tinggal di sekitar kawasan pembangunan KL Sentral, selain beribu-ribu penduduk tetap lain di kawasan Brickfields.

"Apabila gedung membeli-belah siap, kimi menjangkakan lebih 180,000 pengguna harian akan menggunakan kemudahan gabungan stesen KL Sentral," kata Najib.

masdarwahid: ini semua retorik najib. kenapa hanya ERL, Monorel dan LRT yang difokuskan. bagaimana dengan komuter yang hampir setiap jam dan hari delay ??? Pengalaman penulis menggunakan pengakutan ini menunjukkan majoriti yang menggunakan komuter terdiri dari golongan yang lebih miskin berbanding penggunaan LRT dan Monorel. malah pengguna komuter lebih bnyk. Sepatutnya kerajaan mengutamakan peningkatan taraf Komuter yang dinaiki oleh pengguna miskin.

No comments: