JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

ELEKTRIK SABAH KONSISTWN BERMASALAH

KENDALA bekalan elektrik yang bermasalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memerlukan tindakan susulan yang lebih proaktif bagi memastikan elektrik dapat dibekalkan kepada rakyat Sabah bukan lagi suatu yang omong kosong.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salman Amin menegaskan bahawa jika keadaan sebegini terus berlarutan tanpa sebarang tanda-tanda pembaikan, rakyat Sabah tidak akan teragak-agak untuk mengajar kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada Pengarah Sabah Elektrik Sdn. Bhd, Razak Salleh mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 26 juta untuk mendapatkan sebuah generator yang boleh menghasilkan sebanyak 20 Megawatt. Malangnya, set generator tersebut hanya dapat dirasai oleh semua pada hujung tahun ini.

Beliau juga berkata, masalah ini seharusnya ditangani lebih awal kerana yang akan menanggung kesan kerugian sudah tentu peniaga-peniaga di sekitar-sekitar bandar-bandar utama.

"jika pembelian set generator tersebut hanya akan dapat berfungsi pada hujung tahun ini, seharusnya ada 'back-up planning' yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh para peniaga ketika ini, sehingga set generator yang dijanjikan dapat digunakan, tambah beliau lagi.

Beliau juga mencadangkan agar Tenaga Nasional Bhd memainkan peranan yang penting untuk menambahkan lagi kapasiti pengeluaran stesen janakuasa ke kawasan-kawasan seperti Labuk, Kinabatatangan, Beluran, Lahad Datu dan Tawau. sabahkini

No comments: