JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 18, 2009

Mereka Sertai KEADILAN. SIAPA LAGI SELEPAS INI ???


  1. Bekas Timbalan Ketua Wanita Mca, Bekas Setiuasaha Parlimen, Ahli Jawatankuasa Pusat Mca Dr Tan Yee Kew
  2. Bekas Ahli Parlimen Segambut, Bekas
    Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi, Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong
  3. Zaid Ibrahim Merupakan Bekas Ahli Parlimen Kota Bahru Dan Juga Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
  4. Ketua Pemuda Mic Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
  5. Bekas Ketua Mca Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
  6. Timbalan Ketua Bahagian Ppp Teluk Kemang, S Karupusammy, Kekuatan Ppp Negeri Sembilan Ialah Di Bahagian Teluk Kemang.
  7. Intelektual Berbangsa Cina, Yong Thye Chong, Atau Lebih Dikenali Sebagai Kim Quek Menyertai Parti Keadilan Rakyat (Pkr)
  8. ADUN bebas bagi kawasan Ngemah Gabriel Adit Demong, 58 sertai KEADILAN.
  9. Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.
  10. Bekas Naib Presiden MIC sertai PKR
  11. Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alimudin berkata beliau membuat keputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekas timbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.

Blog tersebut menyatakan Alimudin yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno dan mengumumkan menyertai PKR.

"Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.

Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.

Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".

"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.

Menurutnya, beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh pada pagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menteri mewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum.

"Sudah dua kali - tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahli berucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa yang mereka tidak puas hati.

"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.

Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian.

"Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya.

No comments: