SANDAKAN, 17 Ogos (Bernama) -- Lebih 300 tan metrik gula akan dihantar ke negeri ini melalui Pelabuhan Sepanggar di Kota Kinabalu bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan itu.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata bekalan gula itu dijangka tiba esok dan akan diagih-agihkan ke daerah-daerah yang mengalami kekurangan bahan itu.
"Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sedang melaksanakan pelbagai usaha mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di negeri ini dengan mendapatkan bekalan dari Semenanjung Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Lawatan Amal ke Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya di sini hari ini.
Beliau meminta penduduk di Sabah tidak perlu panik dengan situasi kekurangan bekalan gula yang berlaku pada masa sekarang.
Katanya kerajaan sentiasa memantau masalah kekurangan bekalan gula itu dengan mengambil pendekatan terbaik untuk mengatasinya.
Menurutnya penduduk di negeri ini juga perlu memainkan peranan bagi menangani masalah kekurangan bekalan itu dengan mengurangkan pengambilan gula selaras dengan kempen kerajaan yang menetapkan pembelian gula sebanyak dua kilogram bagi setiap keluarga.

No comments:
Post a Comment