JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

Suku Kaum Saba'an Warganegara Malaysia

KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Suku kaum Saba'an dalam kumpulan masyarakat Kelabit di utara Sarawak merupakan penduduk bumiputera yang sah dan waganegara Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata selepas diberi penjelasan dan perjumpaan dengan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah dan Peguam Besar Negeri Datuk Abdul Razak Mahamed Tready tidak ada sebarang masalah kepada suku kaum terbabit mendapatkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

"Selepas saya berjumpa dengan Awang Tengah (Datuk Amar) dan AG (Abdul Razak) semalam saya diberitahu suku kaum Saba'an merupakan cabang kepada kaum Kelabit dan mereka merupakan penduduk bumiputera di Sarawak dan perlembagaan negeri ini tidak perlukan sebarang pindaan," katanya kepada pemberita lepas melawat Kompleks Mahkamah Kuching di sini pada hari Ahad.

Katanya isu kerakyatan suku kaum minoriti di Sarawak itu tidak perlu diperbesarkan dan beliau telahpun memaklumkan hal tersebut kepada pegawai-pegawai dalam agensinya.

Menurut Nazri baru-baru ini timbul satu kes salah faham membabitkan seorang ibu dari suku kaum Saba'an yang dikenakan caj perubatan sebanyak RM3,000 di sebuah hospital di Miri yang menyangka ibu berkenaan dari negara jiran setelah ibu itu gagal memberikan butiran peribadi yang lengkap.

masdarwahid: itulah akibatnya kalau datang sarawak sekali, walaupun jadi menteri lebih 10 tahun

No comments: