JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 6, 2009

SELSEMA BABI + EL-NINO =18,000 PENDUDUK TERJEJAS


Beberapa sekolah berasrama yang terletak dalam kawasan dilanda kemarau di negeri ini berkemungkinan besar terpaksa ditutup jika bekalan air bersih tidak dibekalkan dalam tempoh masa terdekat.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Julaihi Bujang berkata keadaan kemarau dan ditambah lagi dengan jangkitan influenza A (H1N1) kini memburukkan lagi keadaan khasnya yang membabitkan sekolah berasrama.

"Setakat ini belum ada sekolah yang ditutup (akibat kemarau), namun saya dimaklumkan beberapa sekolah bakal berhadapan masalah kekurangan bekalan air bersih walaupun masalah tersebut telahpun diajukan kepada pihak berwajib," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, setakat ini Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Suai di Miri dan SMK Belawai di Mukah merupakan antara sekolah berasrama yang dikenal pasti berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih sejak musim kemarau melanda beberapa minggu lalu.

Dr. Julaihi berkata jabatan akan mendapatkan bantuan segera daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri bagi mengelak daripada tindakan menutup sekolah kerana ia boleh menjejaskan jadual pembelajaran.

Kesan fenomena El-Nino mula dirasai di negeri ini apabila dianggarkan kira-kira 18,000 penduduk khasnya di kawasan pesisir pantai Sarawak terjejas dan berhadapan dengan masalah kemarau sejak hampir sebulan lalu.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri Tan Sri Dr George Chan berkata, lapan bahagian di Sarawak yang terjejas teruk akibat kemarau setakat ini adalah Kuching, Samarahan, Batong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Menurutnya fenomena El-Nino dijangka akan berlarutan sehingga bulan September ataupun Oktober dan ia menyebabkan cuaca kering dan kurangnya jumlah taburan hujan sehingga 50 peratus. - Bernama

No comments: