JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 18, 2009

UNDANG-UNDANG INTERNET : MENTERI TOLAK CADANGAN MENTERI

EKSKLUSIF DARI BLOG MASDARWAHID


Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menolak cadangan kerajaan yang mahu mewujudkan undang-undang berkaitan penggunaan internet bagi membendung individu yang menggugat Perlembagaan negara menerusi blog.

Setiausaha Agungnya, M. Sha'ani Abdullah berkata, langkah terbaik bagi menghalang blogger seperti itu ialah perbincangan dan dialog berterusan.


Menurutnya, dialog mampu mendidik masyarakat melalui perbincangan sihat serta memahami isu secara rasional dan adil.


``Jika kerajaan meneruskan cadangan itu, ia hanya merumitkan keadaan sedia ada,’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein semalam yang dipetik sebagai berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan dua lagi kementerian bagi menyelaras undang-undang berkaitan internet di Malaysia.


Dua Kementerian itu ialah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, serta Kementerian di Jabatan Perdana Menteri yang diterajui Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.


Perbincangan ketiga-tiga kementerian itu akan berlangsung 19 Ogos ini.


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dijangka hadir dalam pertemuan itu.


Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan cadangan itu jika dilaksanakan pasti menemui kegagalan kerana tidak praktikal dengan keadaan semasa.

Saifuddin yang merupakan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkata, kaedah terbaik bagi mengurus cabaran itu dengan menyusun program menarik bagi memenangi hati rakyat khususnya golongan muda.


Bagi Prof. Datuk Dr. Hamdan Adnan pula, beliau berpandangan undang-undang pencegahan sedia ada termasuklah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) sudah mencukupi bagi membendung gejala ini.

Hamdan yang juga bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, keutamaan kerajaan ketika ini seharusnya memperkemas atau meminda undang-undang sedia ada, bagi memastikannya kelihatan telus dan tidak disalahgunakan.

No comments: