Beliau berkata ia boleh ditentukan mengikut kehendak penduduk setempat dalam usaha menarik lebih ramai pengundi mengundi BN pada pilihan raya akan datang, katanya.
Amalan sekarang di mana BN menetapkan calon bagi kerusi di sesuatu kawasan itu dipilih dari parti yang sama setiap kali pilihan raya perlu dilihat semula, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Wangsa Maju di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Anggota Parlimen Pasir Gudang berkata, perbincangan melalui BN perlu diadakan untuk menentukan faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan BN berdasarkan sikap dan pendirian pengundi setempat.
“Justeru sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang,amalan pembahagian kerusi mengikut tradisi tidak diamalkan sekiranya amalan sedemikian tidak boleh memenangkan parti,” katanya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmian, Khaled berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu memahami dan menginsafi keadaan Umno hari ini kesan daripada pilihan raya umum yang lepas dan mencari jalan untuk menyediakan Umno agar berada pada landasan yang betul.
Menurutnya, jika kepimpinan mengambil jalan mudah dan ringan, Umno tidak mungkin dapat keluar daripada masalah mahupun memperbaiki kelemahan yang sedang dihadapi.
Sehubungan itu, beliau berkata, jika Umno ingin berjaya, apa sahaja program dan dasar yang telah diputuskan perlu diterjemah dan didukung bersama di semua peringkat parti ini kerana dasar tanpa amal tidak akan membantu mencapai matlamatnya.
Beliau juga mencadangkan kepada setiap anggota Umno agar merapati pengundi terutama pengundi muda menggunakan kaedah komunikasi terkini dalam bidang teknologi maklumat seperti menerusi “Facebook”. “Kenapa kita tengok di perhimpunan anjuran pembangkang, tidak ramai orang yang hadir tetapi mereka tetap menang. Ini kerana mereka menggunakan gelanggang lain di laman “facebook” untuk mempengaruhi orang ramai,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agar anggota parti tidak hanya memikirkan untuk menggerakkan kawasan masing-masing tetapi perlu juga berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan parti di kawasan lain supaya dapat belajar dan membuat perbandingan amalan antara satu dengan yang lain.— BERNAMA
Mesyuarat Umno Bahagian ini turut membentangkan usul yang mahukan satu kerusi diberikan kepada Umno dalam pilihan raya ke-13 akan datang.Usul ini adalah kesinambungan usul yang sama dikemukakan oleh tiga sayap pergerakan itu iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum ini.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Baintin Adun @ Abdul Halim yang membentangkan usul itu meminta Perhubungan Negeri dan Pusat mengambil tindakan lanjut disebabkan pada kempen pilihan raya lepas penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus J. Ongkili memohon dalam kempennya supaya para pengundi memilihnya untuk kali terakhir.
Ini katanya membayangkan pada pilihan raya akan datang Maximus tidak lagi mempertahankan kerusinya.
Usul yang dibentangkan oleh Baintin itu mendapat tepukan gemuruh oleh 408 perwakilan tidak termasuk pemerhati menyokong usul berkenaan yang diadakan di Dewan Komuniti dekat sini baru-baru ini.
Dalam ucapan aluan-alunya Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri memohon Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar kerusi berkenaan diberikan kepada parti Umno.
Ini katanya, Umno Kota Marudu telah membuktikan kerjasama yang padu dan kemenangan besar yang dicapai oleh calon-calon Barisan Nasional yang semuanya dari Parti Bersatu Sabah PBS (DUN Matunggong Sarapin Magana, DUN Tandek, Anita Baranting@ Lasiah dan Parlimen Kota Marudu Datuk Dr. Maximus J. Ongkili ).
“Kami yakin kemenangan majoriti Umno dalam Barisan Nasional akan tercapai jika kita diberi kepercayaan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang dan parti komponen yang lain juga hendaklah bekerjasama seperti mana yang telah Umno lakukan sebelum ini,” tegasnya.
Mesyuarat kali ini memilih tujuh wakil Bahagian Kota Marudu ke Perhimpunan Agung Umno Pusat. Mereka terdiri dari Mohd. Faizal Datuk Saidi, Lorence Haji Madina, Rahim Omar, Hussin Oyong, Jonan Gaul, Sodil Ebin @Abdul Rahman, manakala calon ketujuh Hassnal Haji Omar mempunyai persamaan undi dengan Sukimi Soyoh sebanyak 74 undi.
Bagaimanapun Pengerusi Tetap Persidangan Ismarah Madcassar membuat pengundian yang menyebelahi Hassnal menduduki tempat yang ketujuh
Pemerhati dari Perhubungan Negeri kali ini Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin. -OLEH A. JALIL MADARIN
DAN DI SINI
No comments:
Post a Comment