| |||
KENINGAU: Empat kemalangan berlaku da- lam tempoh 48 jam di lokasi yang sama, di Ke- ningau melibatkan satu daripadannya nyaris mengundang maut. Mangsa yang terlibat seorang pegawai Jabatan Hasil Dalam Negeri Cawangan Keningau, dikejarkan ke hospital daerah sebaik diselamatkan oleh orang ramai, selepas kenderaannya terbabas dan tergolek sekurang-kurangnnya 10 kali, sebelum terjunam kira-kira 50 meter ke gaung. Mangsa seorang wanita dan masih trauma dengan kejadian mengerikan itu. Menurut saksi, kemalangan pertama berlaku tengah hari dan petang pada Isnin, sementara pagi tadi dua lagi kemalangan berlaku kesemuannya disebabkan gagal dikawal ketika menuruni jalan aspal sebebuah anak bukit, yang ditembusi batu kelikir yang terjatuh daripada lori yang membawa batu pasir berlebihan. Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas di tempat yang sama selang 3 jam daripada kejadian pertama pagi tadi. Pemandu terselamat, namun kenderaannya mengalami kerosakan selepas terbabas sebelum tergolek. Saksi saksi kejadian memberitahu, jalan aspal menuruni sebuah anak bukit berhampiran Taman Bersatu Jalan Trans Pegalan, sering ditimbusi batu kelikir mengakibatkan kenderaan yang melalui jalan itu sukar diberhentikan dan terbabas. Tahun lalu seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, nyaris maut di tempat yang sama. Laluan setinggi 30 darjah ketinggian itu menjadi laluan utama lori-lori pengangkut batu pasir, milik sebuah pengusaha kauri yang beroperasi kira-kira 1,000 meter dari tempat tersebut. Amaran telah beberapa kali dikeluarkan oleh pihak keselamatan kepada pengusaha kauri tersebut, agar tidak membenarkan lori-lori membawa muatan batu pasir berlebihan, tetapi amaran itu tidak pernah dihormati oleh syarikat tersebut, menyaksikan kemalangan demi kemalangan berlaku. “Mereka memperlekehkan keselamatan pengguna … mereka lebih memikirkan keuntungan,” jelas seorang mangsa yang enggan namanya dipetik. Pengerusi Tukun Tetangga (RT) Panagatan Ulu – Mohd Khairil Abdullah mahu supaya laluan itu ditutup sementara kepada kenderaan berat, bagi mengelak kemalangan berulang lagi. Khairil mendesak pengurusan syarikat itu supaya bertanggungjawab ke atas kesemua kejadian kemalangan itu, dan membayar kesemua kerugian yang dialami mangsa-mangsa yang terlibat. |
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Wednesday, August 19, 2009
4 KEMALANGAN DALAM TEMPOH 48 JAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment