JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

NAIB PRESIDEN JE ? SORI LA BEB...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck membuat keputusan untuk menolak jawatan naib pengerusi yang ditawarkan oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu kepadanya.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas membuat pertimbangan bersama ahli jawatankuasa SUPP Dudong pada mesyuarat 12 Ogos lepas.

“Dalam tempoh tiga bulan akan datang, SUPP Cawangan Sibu akan dibahagikan kepada enam cawangan kecil.

“Dengan itu, saya mengambil keputusan untuk tidak kembali semula kepada SUPP Sibu,” jelasnya kepada pemberita pada satu sidang media di sini semalam.

Menurut Soon lagi, kenya-taan sama turut dinyatakannya dalam surat yang telah dihantar kepada Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh, yang bertarikh 13 Ogos.

Katanya lagi, SUPP Dudong bersedia memberi kerjasama kepada SUPP Cawangan Sibu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Sibu.

“Kami berharap penubuhan lima cawangan kecil yang lain akan berjalan lancar dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Ini seperti mana yang dikatakan oleh Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh dalam akhbar tempatan yang berkata penubuhan kesemua cawangan kecil akan siap sepenuhnya menjelang 15 November 2009,” jelas Soon.

Terdahulu, beliau telah menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) di pejabat konstituensi beliau di Jalan Aman di sini.

Dalam perkembangan lain, Soon telah dipilih memegang jawatan naib pengerusi pada pilihan raya peringkat SUPP Cawangan Sibu pada 14 November 2008.

Sementara itu, Soon turut membalas surat daripadaPre-siden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan yang bertarikh 3 Ogos lepas.

“Saya amat berterima kasih dengan surat kiriman Dr Chan yang menunjukkan keprihatan beliau dalam menyelesaikan isu berhubung SUPP Dudong,” katanya.

Tambah Soon, pihaknya berharap dapat menyelesaikan isu SUPP Dudong dengan secepat mungkin sekali gus mengembalikan imej baik parti.

“Selepas pertimbangan yang dibuat bersama ahli jawatan-kuasa SUPP Dudong, kami berharap dapat saling bekerjasama dengan SUPP Sibu dengan dua syarat,” tegasnya yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam.

Syarat pertama ialah penubuhan SUPP Dudong perlu diiktiraf berdasarkan keputusan Persidangan Delegasi 2008 dan menerima ahli jawatankuasa yang telah dipilih pada me- syuarat am pertama yang berlangsung pada 30 April lepas dan baki 17 ahli jawatankuasa akan diserahkan kepada SUPP Cawangan Sibu.

Syarat kedua pula ialah mengekalkan semua ahli jawatankuasa empat unit di bawah konstituensi Dudong iaitu SUPP cawangan kecil Naman, Pusat Perkhidmatan Jalan Lanang, Stabau dan Sibu Jaya.

borneopost

No comments: