JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 11, 2009

JEREBU DI SRI AMAN

Caption: SAMAR...Gambar menunjukkan suasana jerebu yang boleh dilihat di Sungai Batang Lupar Sri Aman dengan tahap IPU yang mencatatkan bacaan 155 menjelang tengahari ini.

Pix originaly taken by Edwin Raoh at 3.45 pm, 10 Ogos.

SRI AMAN, Sri Aman mula menghadapi masalah jerebu yang serius apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai paras bacaan 155 iaitu tahap tidak sihat pada jam 12 tengahari hari ini.

Jurucakap dari Bilik Gerakan Bencana Bahagian Sri Aman berkata bacaan IPU yang tidak sihat pada hari ini telah dikeluarkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak

“Masalah ini sebenarnya bermula kelmarin apabila paras bacaan IPU di Sri Aman meningkat kepada 105 pada jam 5 petang sebelum ianya mencecah 155 pada jam 12 tengahari ini.

“Justeru pihak kami menasihatkan orang ramai agar memakai penutup mulut dan hidung disamping mengelak dari melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada masalah jerebu pada waktu sekarang,” katanya.

Untuk itu pihak Pejabat Residen Sri Aman katanya telah mengadakan satu persidangan dengan beberapa buah agensi kerajaan yang berkaitan untuk membincangkan beberapa langkah penting bagi menghadapi masalah tersebut.

Antara langkah terbabit menurut beliau ialah meminta pihak pengusaha ladang di kawasan Sri Aman ini untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka bagi membendung masalah jerebu.

“Selain itu pihak kami juga sudah merangka beberapa pelan tindakan untuk hadapi kemarau, kebakaran dan kekurangan bekalan air bersama agensi berkaitan menerusi persidangan hari ini.

“Justeru orang ramai diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan Bencana Bahagian Sri Aman di tingkat dua, Pejabat Residen Sri Aman menerusi talian 083-323366 atau 083-323377 dan juga talian fax 083-320568 untuk melaporkan kejadian bencana di kawasan masing-masing termasuk aktiviti pembakaran terbuka,” katanya.

Bilik Gerakan Bencana Bahagian Sri Aman juga turut menasihatkan orang ramai di daerah ini untuk mengurangkan aktiviti berkunjung ke lokasi awam bagi mengelakkan penularan wabak Influenza A atau H1N1.

No comments: