JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 18, 2009

KELUARGA NYARIS MAUT

eksidenpadong-pic-170809

Tuah menyebelahi nasib seorang bapa bersama tiga orang anaknya yang tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandu olehnya terbabas ke kawasan longkang di Kilometer 22, Jalan Sri Aman – Betong sekitar jam 6 petang kelmarin.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa kemalangan terbabit berlaku apabila si bapa yang turut disertai oleh rakan lelakinya itu sedang mengekori sebuah kenderaan dari arah belakang ketika dalam perjalanan menuju ke arah Betong dari Sri Aman.

“Ketika di tiba di selekoh kawasan Wong Padong (kilometer 22), kereta yang dipandu oleh mangsa bersama anak-anak dan rakannya itu tiba-tiba hilang kawalan dan terus berpusing.

“Kenderaan yang dipandu oleh mangsa kemudiannya terbabas ke kawasan parit yang berdekatan sebelum orang ramai datang membantu mengeluarkan mereka dari dalam kenderaan terbabit,” kata sumber.

Pihak ambulan kemudiannya kata sumber tiba di tempat kejadian dan membawa kesemua mangsa kemalangan tersebut ke Hospital Bahagian Sri Aman bagi tujuan rawatan lanjut oleh pihak hospital.

Si bapa melahirkan rasa syukur memandangkan kemalangan di kawasan ‘panas’ tersebut tidak mendatangkan kecederaan kepada semua mereka terutama sekali terhadap tiga orangnya yang masih kecil.

sarawakupdate

No comments: