JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 6, 2009

Chong Kah Kiat Gagal


KOTA KINABALU, 5 Ogos (Bernama) -- Usaha bekas Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat bagi mencabar keputusan kerajaan negeri Sabah membatalkan kebenaran membina patung Mazu di Kudat, gagal.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang Rabu memutuskan bahawa Chong, Pengerusi Yayasan Amal Thean Hou Kudat tidak mempunyai locus standi dalam saman itu memandangkan yayasan itu tidak didaftarkan.

Dalam penghakimannya, Hakim Md Raus Sharif berkata Mahkamah Rayuan mendapati Chong bukan persatuan yang sah ataupun yayasan amanah gabungan.

"Adalah jelas kepada kami bahawa responden bukan sebuah badan gabungan, kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama Hakim Abdul Hamid Embong dan Datuk Sulong Matjeraie, berhubung rayuan itu.

Pada 21 April, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan tiga yang lain untuk membatalkan permohonan saman Chong berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Yew Jen Kie berkata sama ada Chong mempunyai locus standi dalam saman berhubung pembinaan patung Mazu di Kudat dan sama ada yayasan itu adalah haram hanya boleh ditentukan menerusi bukti yang dikemukakan dalam perbicaraan itu.

Peguam utama bagi para pemohon Datuk Mohammad Shafee Abdullah memohon penggantungan prosiding bagi merayu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Isu itu menjadi pertikaian di mahkamah apabila Chong memfailkan saman terhadap Musa dan tiga yang lain berhubung keputusan kerajaan negeri untuk menarik balik kebenaran yang diberikan kepada Yayasan Amal Thean Hou Kudat bagi membina patung itu.

Chong memfailkan rayuan pada 12 Dis tahun lepas terhadap keputusan Lembaga Bandaran Kudat menarik balik kelulusan bagi pembinaan patung Mazu (Dewi Laut) pada 15 November 2007.

Usul pemula itu difailkan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Lembaga Bandaran itu pada 8 Februari, 2006 adalah sah dan dan mengikat semua pihak yang berkenaan.

Chong berkata beliau akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan itu.

No comments: