JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, August 16, 2009

BUNYI PETIR MEMBUNUH


Seorang nelayan, Saparuddin Jajol, 32, maut dipercayai terkena serangan jantung selepas terkejut mendengar dentuman petir ketika menarik pukat ketika hujan renyai berdekatan muara Sungai Bako, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Saparudin bersama ayah, Jajol Bujang, 54, dan adiknya berusia 15 tahun sibuk menarik jala sebelum dia terjatuh ke laut sebaik terdengar bunyi petir.

Mangsa yang mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun ditarik ayahnya ke dalam perahu dan sempat mengadu berasa pedih dan panas pada dada sebelum pengsan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata dentuman petir mungkin menyebabkan mangsa mengalami serangan jantung, namun punca kematian lelaki itu belum disahkan.

"Kakitangan Pusat Kesihatan Bako yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia tetapi mayatnya perlu dirujuk ke Hospital Umum Sarawak.

"Setakat ini, siasatan menunjukkan kematian mangsa tiada kaitan dengan unsur jenayah, sebaliknya diklasifikasi sebagai mati mengejut. Bagaimanapun keputusan bedah siasat diperlukan bagi pengesahan punca sebenar kematian," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Jajol berkata, ketika kejadian mereka sibuk menarik pukat untuk pulang ke rumah berikutan keadaan mendung ketika itu.

"Saya melihat kilat betul-betul di atas kepala kami, diikuti dentuman kuat sehingga Saparuddin terpelanting ke laut.

"Saya mengarahkan anak bongsu segera pulang ke kampung mendapatkan bantuan," katanya.

bharian

No comments: