JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 18, 2009

Pondan tua ke pinggir bandar


KUCHING: Akibat kekurangan pelanggan dan persaingan di kalangan rakan lebih muda, segelintir pondan berusia yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan seks di sekitar Jalan Haji Taha, Jalan Petanak dan Jalan Padungan di sini, kini dikatakan terpaksa beralih ke kawasan kampung atau penempatan di pinggir bandar.

Malah, mereka juga terpaksa menawarkan diskaun kerana terdesak untuk mencari pelanggan bagi menyara hidup.

Seorang mak nyah dikenali Jenifer, 38, berkata pondan berusia sepertinya terpaksa menawarkan harga ‘istimewa’ dan mesti pandai menarik hati pelanggan supaya dapat bersaing dengan rakan-rakan yang lebih muda.

"Memang terdapat beberapa rakan mengajak saya beralih ke kawasan pinggir bandar atau bandar kecil, tetapi bayarannya murah dan ia tidak mampu menampung kos kehidupan.

“Hanya pondan pencen yang sanggup menjaja tubuh di kawasan kampung atau taman kerana terdesak," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati hampir 100 pondan menawarkan perkhidmatan seks di sekitar Jalan Haji Taha, Jalan Petanak dan Jalan Padungan pada setiap hujung minggu dari jam 8 malam hingga 3 pagi.

Seorang mak nyah dikenali Anna, 24, mengakui persaingan di Jalan Padungan memang sengit kerana pelanggan hanya memilih pondan muda dan yang cantik.

“Pelanggan turut tawar menawar menyebabkan kami terpaksa memberi diskaun," katanya ketika ditemui Berita Harian.

Beliau berkata, pelanggan yang mendapat perkhidmatan mereka termasuk pelancong asing dan bayaran yang dikenakan adalah antara RM50 hingga RM100.

Bagaimanapun, katanya, ada pondan tua terpaksa mencari lokasi baru di sekitar Petra Jaya, Tabuan dan Samarahan, tetapi mereka terpaksa menurunkan bayaran kerana terdesak untuk mendapatkan pelanggan.

"Ada yang mengenakan bayaran RM15 saja kerana tidak mempunyai pilihan dan terpaksa memikirkan sewa bilik, kos membeli alat solek, pakaian dan aksesori lain.

"Masalah itu ada antara pondan Sarawak yang sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang kerana bayaran di sana dikatakan lebih tinggi," katanya.

Anna yang mula terbabit dalam kegiatan berkenaan selepas menamatkan sekolah menengah, berkata sesetengah pondan tua juga terpaksa menjaja tubuh di kawasan kampung tetapi sering diusir atau dipukul penduduk

bharian

No comments: