JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, August 11, 2009

PAKATAN RAKYAT TAWAU

TAWAU : Pakatan Rakyat Tawau kelmarin turut menuntut agar Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan segera bagi menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock, bagi merungkai kematian misteri Setiausaha Politik kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah itu.

Pengerusi Parti DAP Tawau Jimmy Wong berkata, ketika ini pelbagai pihak telah mendesak agar suruhanjaya terbabit ditubuhkan dan adalah wajar desakan berkenaan mendapat perhatian kerajaan, khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.57 Sri Tanjong, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula haruslah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Teoh, memandangkan insiden itu dipercayai berlaku selepas SPRM menyiasat Teoh.

“Saya harap SPRM tidak lepas tangan dalam hal ini,” kata beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini.

Sementara itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau Mohamad Husain pula turut menyuarakan desakan yang sama, sambil melahirkan rasa kesal berikutan kejadian yang menimpa mendiang Teoh.

Kata beliau, isu kematian Teoh bukanlah satu isu perkauman, sebaliknya satu isu yang melibatkan kehilangan nyawa seorang rakyat Malaysia yang berlaku secara tragis.

Oleh demikian katanya, siasatan secara adil harus dilakukan demi mencari kebenaran dan keadilan yang tersembunyi di sebalik insiden tersebut.

Husain turut mendesak SPRM supaya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian berkenaan.

Dalam sidang media berkenaan, Jimmy dan Husain yang mewakili Pakatan Rakyat Tawau, turut mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas kejadian berkenaan

No comments: