JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, August 16, 2009

UMNO TUNTUT KERUSI PBS


Mesyuarat Umno Bahagian ini turut membentangkan usul yang mahukan satu kerusi diberikan kepada Umno dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Usul ini adalah kesinambungan usul yang sama dikemukakan oleh tiga sayap pergerakan itu iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sebelum ini.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Baintin Adun @ Abdul Halim yang membentangkan usul itu meminta Perhubungan Negeri dan Pusat mengambil tindakan lanjut disebabkan pada kempen pilihan raya lepas penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus J. Ongkili memohon dalam kempennya supaya para pengundi memilihnya untuk kali terakhir.

Ini katanya membayangkan pada pilihan raya akan datang Maximus tidak lagi mempertahankan kerusinya.

Usul yang dibentangkan oleh Baintin itu mendapat tepukan gemuruh oleh 408 perwakilan tidak termasuk pemerhati menyokong usul berkenaan yang diadakan di Dewan Komuniti dekat sini baru-baru ini.

Dalam ucapan aluan-alunya Ketua Umno Bahagian Kota Marudu Wetrom Bahanda @ Mohd. Fikri memohon Perhubungan Umno Negeri dan Pusat agar kerusi berkenaan diberikan kepada parti Umno.

Ini katanya, Umno Kota Marudu telah membuktikan kerjasama yang padu dan kemenangan besar yang dicapai oleh calon-calon Barisan Nasional yang semuanya dari Parti Bersatu Sabah PBS (DUN Matunggong Sarapin Magana, DUN Tandek, Anita Baranting@ Lasiah dan Parlimen Kota Marudu Datuk Dr. Maximus J. Ongkili ).

“Kami yakin kemenangan majoriti Umno dalam Barisan Nasional akan tercapai jika kita diberi kepercayaan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang dan parti komponen yang lain juga hendaklah bekerjasama seperti mana yang telah Umno lakukan sebelum ini,” tegasnya.

Mesyuarat kali ini memilih tujuh wakil Bahagian Kota Marudu ke Perhimpunan Agung Umno Pusat. Mereka terdiri dari Mohd. Faizal Datuk Saidi, Lorence Haji Madina, Rahim Omar, Hussin Oyong, Jonan Gaul, Sodil Ebin @Abdul Rahman, manakala calon ketujuh Hassnal Haji Omar mempunyai persamaan undi dengan Sukimi Soyoh sebanyak 74 undi.

Bagaimanapun Pengerusi Tetap Persidangan Ismarah Madcassar membuat pengundian yang menyebelahi Hassnal menduduki tempat yang ketujuh

Pemerhati dari Perhubungan Negeri kali ini Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin. -OLEH A. JALIL MADARIN

No comments: