JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, August 17, 2009

PENGASAS INTERNET DI MALAYSIA TERIMA ANUGERAH


Oleh : http://masdarwahid.blogspot.com/


KUALA LUMPUR 15 OGOS - Pengasas dan pencetus pemikiran Internet di Malaysia Dr. Mohamed Awang Lah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Teknologi Maklumat di sini hari ini.


Anugerah itu disampaikan oleh Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, Canselor Uniten sempena Majlis konvokesyen universiti itu di sini hari ini.


Mohamed Awang merupakan mantan Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya (UM) sebelum menyertai MIMOS Bhd. (MIMOS) dengan jawatan Pengarah Sistem Komputer pada tahun 1984.

Ketika di MIMOS, beliau berjaya meningkatkan pembangunan Internet yang membawa kepada penubuhan Jaring Communication Sdn. Bhd. (JARING) pada 1991, seterusnya memulakan perkhidmatan internet kepada orang ramai setahun kemudian.

Pada tahun 1995, Mohamed Awang ditugaskan sebagai Naib Presiden Sektor Perniagaan Kerajaan sebelum menjawat Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan MIMOS pada tahun 2000.


Ayah kepada tiga anak ini bertugas di MIMOS hingga akhir 2006 sebelum menerajui JARING sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga kini.

Kejayaan utama beliau ialah pada tahun 1986 dalam projek Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) iaitu menghubungkan rangkaian komputer pertama di Malaysia dengan rangkaian di luar negara.


Anak kelahiran Kelantan ini turut mencipta sejarah ketika melaksanakan projek satu rangkaian IPO-over-Fiber jarak jauh (861 km) berkelajuan 2.5 gbps yang pertama di dunia pada 1999.


Sebagai mengiktiraf sumbangan tokoh ini, Uniten berbesar hati menganugerahkan beliau Ijazah Kehormat Doktor Teknologi Maklumat pada Majlis konvokesyen Uniten kali ke 12.


Turut di hadir di majlis itu Pro Canselor Uniten Tan Sri Dr. Leo Moggie dan Tan Sri Dato’ Ir. Abu Zarim Omar.

Majlis penuh istiadat itu turut menyaksikan sebanyak 1,622 graduan dianugerahkan diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana daripada 24 program yang ditawarkan di Uniten.

No comments: