JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, August 19, 2009

PRU 13 : LAGI DESAKAN UMNO BOLOT BANYAK KERUSI


Penganalisis politik mencadangkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 50 peratus penduduk Melayu perlu meletakkan calon Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) mengkaji semula tradisi pengagihan kerusi kepada parti komponennya.

"Saya berasa sudah tiba masanya untuk BN bertindak ke arah itu. Buat masa ini, hasil pemerhatian saya, Umno meletakkan calonnya jika kawasan itu mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu.

"Sepatutnya calon diletakkan mengikut kehendak pengundi bukannya secara tradisi, jika letak calon MCA tetapi ditolak lebih baik letak calon Umno ataupun MIC dan begitu jugalah sebaliknya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mencadangkan pengagihan kerusi yang diguna pakai sekarang dikaji semula dengan mengambil kira kehendak pengundi kawasan itu.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata cadangan itu sesuatu yang baik, bagaimanapun ia tidak boleh menjejaskan parti komponen lain.

"Sudah tiba masanya BN membuat pertimbangan mengenai perkara ini, apa pun keputusannya ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen BN dan peratusan pengagihan juga tidak memberi kesan mana-mana parti.

Bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata saranan Mohamed Khaled boleh menimbulkan kontroversi dalam BN walaupun ramai yang sukakannya.

masdarwahid: kalau macam tu, pas juga wajar mendominasi kerusi majoriti muslim.P

No comments: