JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, August 14, 2009

ALAM SEKITAR : MP BN BENCI ?


KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menegur sikap sesetengah anggota Parlimen di Sabah yang memberikan sambutan dingin terhadap usaha pelantikan mereka sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) di kawasan Parlimen masing-masing.

"Kita minta ahli Parlimen yang dilantik menjadi RAS ini menangguhkan urusan mereka yang lain kalau boleh, memang mengecewakan tidak ramai ahli Parlimen yang hadir. Tetapi saya faham ada ahli Parlimen yang mempunyai sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

"Bagi saya ini adalah satu penghormatan yang diberikan kepada ahli Parlimen yang turut diberikan peruntukan khas sebagai RAS," katanya kepada pemberita selepas melancarkan RAS peringkat negeri di sini, Jumaat.

masdarwahid: gambar di atas ialah kuari hara di sabah lebih 20 tahun.
Pada majlis itu, kad keahlian RAS disampaikan kepada setiap anggota Parlimen namun hanya tiga anggota Parlimen yang hadir iaitu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup, yang juga anggota Parlimen Pensiangan, Datuk Marcus Mojigoh (Putatan) dan Tan Sri Wilfred Bumburing (Tuaran), manakala anggota Parlimen yang lain masing-masing menghantar wakil.

Musa bagaimanapun berkata tanggungjawab memelihara alam sekitar tidak seharusnya diserahkan kepada kerajaan atau kementerian yang berkenaan sahaja, malah ia perlu melibatkan semua peringkat lapisan masyarakat.

"Kita mempunyai tanggungjawab bersama dalam memelihara khazanah alam kita," jelasnya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas yang turut hadir dalam majlis itu berkata sebanyak RM30,000 diperuntukkan kepada setiap kawasan Parlimen untuk menjalankan aktiviti memelihara alam sekitar.

No comments: