JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, August 6, 2009

Streamyx Terputus Di Tawau


Perkara yang paling aku benci berlaku lagi!
Elektrik dah ok, semakin jarang dicatu, air pun begitu…
Setiap hari dapat mandi shower dengan enaknya.

Tapi bila internet terputussss…
WUAAAAAAAAAARGHHHH!!!

Seluruh isi otak jadi bengang, kusut, tidak karuan.
Seluruh Tawau terputus dengan dunia internet akibat kebakaran di pencawang Telekom di Sandakan.
Sandakan yang terbakar, kesannya ditanggung bersama seluruh Pantai Timur Sabah, Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Bisnes tak gerak masuk 3 hari sudah, adsense dua minggu terabai, payment aku bulan ini dipendingkan ke 10 Ogos… Ini semua gara-gara internet buat hal. Ini belum masuk lagi keadaan internet sebelum masa kejadian… Sabtu Ahad memang akan slow gila. Dalam seminggu kompom ada sehari dua Tawau alami gangguan internet.

Bila buat aduan di 100, sama jugalah tidak payah buat aduan… Bukan ada tindakan segera, Sabtu buat aduan, hari Isnin baru dibuka failnya oleh orang TM di Tawau konon, padahal sudah dua hari slow macam siput.

Inilah payahnya bila wujud dominasi perkhidmatan!
Heh malas aku… broadband celcom pun slow!

Layanlah news ini untuk menambah sakit hati kamu!

http://puadede.com

1 comment:

kak yue said...

salam
mmg bnr ya akh..
sukar kl kita tkde sumber ni.. walau apapn, teruskan istiqamah dlm penulisan.. jgn jd kn itu sbg satu alasan utk kita putuskan informasi2 terkini buat smua.
salam jihad!!