JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, August 15, 2009

TUTUP LADANG BABI, BUKAN TUTUP SEKOLAH!

Dari Minda: HAMZAH ABDULLAH

Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia turut merasa terkejut bercampur sedih apabila Kerajaan UMNO/BN tidak menolak kemungkinan akan menutup semua sekolah jika musibah selsema babi melonjak ketahap yang serius dan tidak terkawal.

Saya semacam tidak percaya betapa dangkal serta bebalnya pendekatan yang diambil oleh puak-puak yang mengaku sebagai pintar mentadbir sebuah negara. Langkah untuk menutup sekolah dan tidak menutup ladang babi samalah seperti meletakkan punca penyebaran virus selsema babi keatas para pelajar sekolah dan bukannya dari babi itu sendiri.

Babi semacam tersenyum lebar mendengar pendekatan yang bakal diambil oleh pemimpin negara ini. Andaian ini samalah juga seperti kata seorang pemimpin Hamas, apabila diminta pandangannya mengenai laporan Human Rights Watch (HRW) yang menyalahkan Hamas melakukan jenayah perang keatas Israel dengan melancarkan roket ke bumi haram Israel yang mensasarkan orang awam Yahudi.

Dengan bangga beliau berkata, "MENYALAHKAN HAMAS DI ATAS PELANCARAN ROKET SEBAGAI TINDAK BALAS KE ATAS PENYEMBELIHAN BESAR-BESARAN PUAK YAHUDI KE ATAS RAKYAT PALESTIN SERTA PENGGUNAAN SENJATA POSPHOROUS POWDER YANG SECARA NYATA MELANGGAR KONVENSYEN GENEVA YANG MELARANG PENGGUNAAN BAHAN TERSEBUT, SAMALAH SEPERTI MELETAKKAN KESALAHAN KEATAS MANGSA DAN MEMBIARKAN PENJENAYAH LEPAS BEBAS"!

Seorang ilmuan Islam, Dr. Danial Zainal, dalam satu forum di media TV baru-baru ini, secara jelas berhujjah, dengan fakta dari sebuah kitab lama dari Negara China, menyuruh manusia supaya tidak memakan daging babi. Penulis kitab itu menyatakan bahawa terdapat sejenis kuman dalam daging babi yang walaupun dimasak dalam keadaan suhu yang terlalu panas sekalipun, kuman itu tidak akan mati. Sebab itulah kita sebagai umat Islam diajar supaya menggunakan tanah untuk menyamak anggota berkenaan sekiranya tersentuh haiwan jenis babi ini.

Apa masalah untuk menutup ladang babi? Bangsa yang sering dikaitkan dengan budaya suka memakan daging babi ini pun tidak suka sekiranya pusat penyembelihan yang dirobohkan di Kedah itu dipindah kekawasan berhampiran kampung mereka!! Mereka juga sebenarnya tahu risiko daripada haiwan jenis babi ini. Oleh itu, pilihan untuk menutup sekolah sebagai jalan terakhir bagi menghalang penularan selsema babi, bukan penyelesaian yang bijak.

Punca penyebaran virus selsema babi itu masih terus subur di ladang-ladang babi. Ertinya, kita akan terus berhadapan dengan ancaman penyakit yang membawa maut ini. Kita tidak boleh bertindak lebih pandai dari Allah swt. Kenapa Allah haramkan babi keatas umat Islam tentulah mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran dan pilihan yang ada pada kita hanyalah untuk mentaati perintah Allah, bukan untuk mempersoalkannya.

Kalau satu ketika negara kita pernah dilanda selsema burung, lalu kerajaan bertindak membunuh semua unggas diladang, maka kenapa bila selsema babi datang menyerang, kita tidak pilih jalan yang serupa? Negara juga pernah digemparkan dengan penyakit JE yang berpunca dari babi seperti yang berlaku di Bukit Pelanduk, dan mengambil pendekatan membunuh haiwan ini, dengan membayar pampasan kepada pemilik ladang babi.

Kenapa pemimpin UMNO/BN tidak mengikuti langkah negara Mesir, membunuh semua babi dan membayar pampasan keatas penternak babi?? Kenapa negara kita tak ikut jejak langkah Singapura, tiada ladang babi, yang ada hanyalah mengimpot daging babi dari negara China? Kita tak dengar pun wabak selsema babi ini merebak keperingkat kritikal di kedua-dua negara tersebut.


Saya percaya bahawa musibah selsema babi ini menguji kita sama ada kita bersedia muhasabah diri kita, lalu mengaku tunduk dihadapan Allah swt bahawa sebenarnya kita telah banyak menderhakai undang-undang dan peraturan yang Allah telah tetapkan didalam kitab suci Alquran dan Sunnah Rasul saw. Andaikata negara ini masih lagi terus dengan keangkuhan penerajunya untuk meletakkan undang-undang manusia diatas undang-undang Allah...maka tunggulah saat kehancurannya...

1 comment:

Anonymous said...

menurut kajian virus H1N1 bukan disebabkan oleh babi..orang malaysia yang pandai-pandai menamakan virus tersebut dengan nama babi..jadi sebab itulah,babi tidak perlu dihapuskan.

betul atau tidak bahawa terdapat kuman yang tidak boleh dihapuskan dalam badan babi,saya kurang pasti.tetapi dari pemerhatian saya,orang cina,jepun,dan sebagainya,telah memakan babi dari kecil hingga dewasa..tetapi tak pernah sakit disebabkan memakan babi..bertambah kuat adalah..mungkin kuman suruh orang kuat kut..

saya bukan bermaksud hendak menghina,tetapi bila nak tulis sesuatu..fikir la dulu dari pelbagai sudut,jangan hanya berpandukan kepada satu sumber sahaja..kerana belum pasti kesahihannya..terima kasih